Daripada Abi Hurairah r.a, meriwayatkan daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorang mukmin, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat, Allah menolong hambanNYA selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisiNYA, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya."Buat sahabat2 yang ku kasihi, teruskanlah perjuanganmu.... selagi aku mampu, aku akan terus bersamamu hingga ke akhir hayatku..insyaALLAH....
No comments:
Post a Comment