Saturday 7 April 2012

Aku sayang ISLAM, Aku sayang ALLAH



Hari ini aku kembali ke Madrasah untuk meneruskan pembelajaranku, umur anak-anak muridku dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun, aku mengajar mereka iqra'.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, mereka telah lancar membaca Al-Quran, aku kagum dengan kesungguhan yang mereka tunjukkan kepadaku.. Dalam kegembiraan mengajar mereka iqra, tiba-tiba aku mendapat satu panggilan dari seorang ikhwan, iaitu seorang sahabat karibku yang belajar di salah satu Universiti di Madinah, beliau mengkhabarkan seorang syabab yang aku telah "islam"kan dahulu telah meninggal dunia kemarin, iaitu hari jumaat, Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.. syabab itu berada di Malaysia, sudah lama aku tidak mendengar khabar berita beliau, hari ini aku mendapat berita kematian beliau.. Alhamdulillah, walaupun kesedihan yang menyelubungi diri tapi aku tetap gembira, kerana apa? kerana, beliau telah meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang cukup baik, dalam keadaan yang bersih...

teringat sewaktu aku bertemu dengan arwah, aku diperkenalkan oleh sahabat kristian yang juga sekarang ini telah memeluk islam, pada mulanya, aku bertemu arwah di depan gereja st fatimah, kenapa aku berada di sana? kerana ketika itu aku meraikan sahabat-sahabat baru yang bukan beragama islam, memang aku suka berkawan dengan sesiapa pun tak kira lah orang islam mahupun bukan islam, Alhamdulillah, dengan dakwah yang aku lakukan selama ini membuatkan mereka kagum dan berminat untuk memeluk islam, walaupun ketika itu aku terpaksa pertaruhkan nyawaku, pada mulanya mereka berusaha untuk dakwah aku supaya aku keluar dari agama Allah ini tapi aku yakin bahawa Allah tetap bersamaku, aku berusaha untuk mengajak mereka memeluk agama islam.. sehinggalah pada suatu saat itu aku hampir-hampir dibunuh oleh mereka, tapi dengan keyakinan kuat pada Allah aku meneruskan jua..



Satu hari, salah seorang dari mereka menelefon aku, orang itu adalah lelaki yang disebutkan di atas, yang telah meninggal dunia semalam, dia bertanyakan padaku : "Nadirah, kamu yakin dengan Allah?", aku tersenyum dan terus berdoa pada Allah agar beliau diberikan hidayah, aku menjawab dengan ringkas sahaja, : Ya, aku yakin dengan Tuhan ku, kerana tiada tuhan yang layak aku sembah dan yakin kecuali pada Allah yang maha Satu, Allah Maha Berkuasa di atas segalanya farel", beliau bertanya lagi padaku,:"kalau aku bunuh kau macam mana?" walaupun dalam hati ada sedikit rasa terkejut tapi aku cuba untuk menjawabnya dengan tenang,:"macam aku cakap dekat kau sebelum ni farel, Umat Islam nak meraih mati syahid, aku juga begitu farel, aku bercita-cita nak mati syahid, Kalau kau nak bunuh aku silakan, aku tak gentar sikit pun sebab aku ada Allah farel, Allah akan lindungi aku, walau macam mana pun kau cuba bunuh aku, kalau Allah tak izin, kau takkan berjaya farel, percayalah...." entah kenapa, hatiku terasa tenang setelah melontarkan kata-kata itu, Tiba-tiba aku terkesima terdengar suara yang memasuki gegendang telingaku dalam keadaan menangis dan menyatakan,"Nadirah, tolong bawa aku, tolong bimbing aku, aku nak masuk islam, kau tahu tak, aku tak pernah rasa macam ni, aku rasa takut pada Allah"..

Ya benar,.. Hidayah itu milik Allah, kalau Allah nak bagi hidayah dekat seseorang tu Allah tetap akan bagi,Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNYA, kunci kepada sebuah pintu kebaikan, pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya, sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup buat selama-lamanya melainkan apa yang dikehendakiNYA walau kunci pernah berada di tangannya.. Alhamdulillah, dan keesokan hari selepas itu aku dan rakan-rakan membawanya berjumpa dengan seorang ustaz dan sahabat yang berkerja di JAKIM, akhirnya beliau memeluk islam..

Hari ini aku mendapat berita tentang syabab itu, beliau meninggal di dalam masjid ketika sedang membaca Al-Quran dan jatuh dalam keadaan sujud pada Allah pada pukul 10 pagi semalam.. dan hari ini aku mendapat sepucuk surat dari arwah yang ditulis oleh beliau pada tarikh 1 febuari 2012, dalam surat tersebut, di depan surat beliau tertulis,:Aku sayang islam, Aku sayang Allah"...Rupanya setelah 3 bulan aku tidak dapat menghubungi beliau, sebenarnya beliau pergi menuntut ilmu dan mencari ustaz-ustaz untuk belajar Al-Quran dan belajar hukum-hukum islam... Dia telah berjaya menghafal 15 juzu' Al-Quran dan akhirnya Allah menjemput beliau semalam dalam keadaan membaca Al-Quran..

Kita hamba Allah yang menumpang buat seketika dibumiNYA ini, hanya menunggu masa untuk dpanggil pulang untuk menemuiNYA, ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan mati, tinggalllah segala-galanya yang disayangi, bersedialah dengan amal ibadat sebanyak mungkin.. kalau kita sayangkan seseorang itu, jangan sesekali kita pisahkan dia dengan Allah dan jangan pernah menjauhkan dia dari mengingati RasulNYA dan jangan pernah mengatakan dia milik kamu selamanya kerana ingatlah bahawa kepada Allah jua lah akan dikembalikan...

Sama-samalah kita renungkan firman Allah dalam surah Ali 'imran ayat 110 :


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.

Allah SWT memartabatkan umat islam sebagai umat terbaik kerana melaksanakan tiga perkara: pertama: menyeru melakukan perkara yang baik, kedua melarang perkara mungkar; dan ketiga beriman kepada Allah. Tiga dasar inilah yang mempamerkan keindahan ajaran islam, kerana sekiranya umat islam dapat melaksanakan tiga dasar ini nescaya dapat membawa seluruh kehidupan ini menikmati kesejahteraan. Demikianlah kemuliaan dan keistimewaanumat Nabi Muhammad SAW, peace and blessings be upon him..

Taqabbalallahu minna wa minkum...



No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR