Wednesday 31 October 2012

Wanita-wanita Hebat (Pencetus semangat buat diri)


Assalamualaikum semua sahabat budiman, sudah lama kita tidak berkongsi di wall blog ini bukan? alright...

Kisah yang dikongsi dalam kuliah hari ini kepada pelajar Hafizah berkenaan dengan wanita-wanita yang menjadi lambang kekuatan kepada kita semua.

Wanita-wanita hebat ini yang menjadi pencetus semangat buat diri ini untuk meneruskan perjuangan.

Akan datang kepadamu pertolongan saat putus asa sebagai anugerah dari Yang Maha Lembut lagi Maha Memperkenankan doa.

Jadilah seperti seorang wanita tua yang kuat di hadapan Gabenor Al-Hajjaj dengan keyakinan kepada Tuhannya. Saat anaknya dipenjara oleh Al-Hajjaj, Gabenor bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya akan dibunuh dihadapannya. Namun, wanita tua itu tetap yakin, teguh, berani dan dengan lantang menjawab “ Sekalipun engkau tidak membunuhnya dia akan pasti mati juga”.

Jadilah engkau seperti seorang perempuan Parsi yang sangat tawakal kepada Allah ketika kehilangan kandang ayamnya. Dia memandang langit dan berdoa “Ya Allah, Jagalah kandang ayamku, kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik penjaga”.

Jadilah diri anda seperti Asma’, puteri Abu Bakar, dalam kekuatannya setelah melihat anak lelakinya, Abdullah Bin Zubair, terbunuh dalam keadaan terpancang di tiang salib, lalu dia mengucapkan kata-katanya yang terkenal itu “Sekarang sudah saatnya bagi penunggang kuda yang berani ini untuk beristirehat dengan tenang”.

Jadilah seperti Khansa’ yang menyerahkan empat anaknya di jalan Allah, ketika mereka terbunuh syahid dia berkata “ Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan syahidnya mereka di jalan Allah”

Perhatikanlah wanita-wanita tersebut, sejarah mereka yang mulia, yang sarat dengan kemuliaan. Kita tak mampu menjadi sehebat mereka tetapi kita mampu mencontohi mereka... insyaAllah... Waffaqanaa-Llaahu ilaa maa yuhibbuhu wa yardlaah


READ MORE- Wanita-wanita Hebat (Pencetus semangat buat diri)

Friday 12 October 2012

Kalam luahan

Kalau bukan kerana sahabat,tidak mungkin aku mengenal ukhuwah.

لو لا صحابة، ما عرفت أخوّة


_________________________________________________________

Rindu pada sebuah persahabatan yang cukup indah satu ketika dahulu..

Setelah pemergian kesemua sahabat-sahabat yang dikasihi, Allah hantarkan seorang lagi sahabat yang meninggalkan seribu kenangan pada diri ini, beliau cukup matang dalam berfikir, cukup hebat dalam berhujah, cukup cekal dan tabah dalam menghadapi ujian, saya yakin beliau bakal menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti, insyaAllah.

Ya, Lama sosial semakin canggih di abad ini, banyak yang dapat kita manfaatkan, tapi mungkin laman sosial juga adalah satu ujian buat kita dan mungkin ini juga perantaraan yang Allah jadikan untuk saya bertemu dengan beliau dan berkenalan, HANYA di laman sosial, iaitu FACEBOOK.. Yeah! Alhamdulillah, saya rasa bangga di saat itu, kerana hanya dengan satu sapaan pertanyaan dan pesanan ringkas saya dapat mengenali orang hebat ini, mungkin doa yang selama ini yang dipohon padaNYA diperkenankan, setiap sujud saya bermohon "Ya Allah, kurniakanlah aku sahabat yang baik, sahabat yang soleh dan mampu membimbing diri ini ke arah jalan yang benar dan semakin menjadikan hubunganku denganMU semakin dekat"... Saat ini saya terasa ia cukup ajaib, entah dari mana aura keajaiban menyapa,  hanya sujud syukur kepadaNYA mampu dilakukan ketika itu...

Satu tarikh keramat telah tercipta, satu ukhwah terjalin, makin erat terasa, setiap perkongsian yang diberikan cukup bermakna, setiap nasihat yang dicurahkan membuatkan diri ini makin dekat dengaNYA, Beliaulah yang banyak memberi semangat dan nasihat pada diri yang dhoif ini, beliaulah yang banyak membuat diri ini tersenyum "riang", setiap permasalahan yang berlaku beliaulah tempat rujukan, beliaulah tempat luahan, Ya Hebat!! Kagum dengan beliau, kerana beliau masih sabar dan cekal walaupun kesibukan kerja menghimpit diri beliau...

Antara mutiara kata beliau untuk diri ini : 

Apabila datang ujian dan masalah : "Sabar, Jangan sedih, Yakin Allah ada bersama" sehinggalah terciptanya kalam "kopidonat"... Kata beliau, "Kopi diibaratkan sebagai salah satu perjalanan hidup kita, kita akan rasa pahit pada permulaaanya, tapi bila kita sabar hadapi semua mehnah dan ujian, kita akan nampak hasilnya di akhirnya, iaitu manisnya donat" (lebih kurang macam tu la maknanya).

Apabila nak tempuhi exam, pertandingan ataupun terlibat dalam sesuatu program : nasihat beliau "InsyaAllah buat yang terbaik" (Kata-kata yang selalu keluar dari bibir beliau), InsyaAllah, awak mampu lakukan, yakin Allah ada", Kata-kata ini lah yang membuatkan diri ini semangat di saat gelisah dan takut. Alhamdulillah, suntikan semangat ini lah yang banyak membawa diri ini kepada kejayaan dan usaha yang berkekalan untuk terus berjaya.

Di saat diri ini dalam kesakitan : "Sabar, saya doakan awak sembuh", walaupun kata-kata ini sangat "simple plan" tapi ia sangat bermakna buat diri ini. 

Setiap saat bila bersamanya terasa makin dekat denganNYA kerana setiap saat diri ini di isi dengan makanan rohani, ya, saya yakin bahawa "dia" lah sahabat yang terbaik setelah pemergian sahabat-sahabat yang lain dan tiada gantinya.

Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah, mungkin silap diri ini juga, tak pandai menghargai sahabat yang banyak membantu, tak pandai menjaga hati sahabat yang begitu baik, tak pandai memahami, saya akur dengan kesilapan yang telah saya lakukan, kami kini tidak seperti dahulu lagi, masing-masing membawa haluan sendiri, Maafkan diri ini kerana tak mampu menjadi sahabat yang terbaik, hanya doa yang mampu saya kirimkan, harapan semoga kami kembali seperti dulu lagi malah lebih baik dari dulu..

Kata Orang Penantian itu Satu Penyeksaan. Orang Kata Penantian Juga Bukti Kesetiaan.
Namun,Moga Segala Penantian Menjadi Satu Ibadat. Pada Akhirnya Bahagia Yang Menanti Atas Kesabaran dan Redha Tentang Segala Ketentuan Allah. Senyuman Seorang Sahabat Mampu Mengubat Kerisauan dan Kegelisahan Hati. Hati Mana Yang tidak RESAH dan GELISAH. Saat Dirimu Lelah Untuk Berjalan, Makan,Beribadat Seperti Biasa. Kini Kau Telah Jauh dari diri ini. Moga Masih Berkesempatan dan Masih Berperluang Untuk Berkongsi Susah dan Senang, Sakit dan Sihat. masih berpeluang Menebus Kekurangan dan Kesilapan~InsyaAllah.

Maaf,Kerana Saya Tidak Mampu Untuk Mengembirakan Hati Semua Orang kerana Saya Bukan Doraemon~

Mode;Diri yang tidak Membangkitkan Amal dan Taat pada Allah~


‎~~Tolong Ingatkan Aku,Tolong Ingatkan Aku, Tolong Nasihati Aku ~~



READ MORE- Kalam luahan

6 perkara Allah sembunyikan~





''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia''
~Via Us Azhar Idrus

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
...

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah.
See More
READ MORE- 6 perkara Allah sembunyikan~

Thursday 11 October 2012

Lu pikiaq lah sendiri



Minta maaf untuk menulis.

Kenapa rakyat yang berseluar pendek, berjubah
Rambut kerinting rambut lurus
Kulit hitam kulit putih
Pakai tudung tak pakai tudung
India, Cina & Melayu
Sanggup mengharung susah menjemur diri di tengah panas 428.

Ia ternyata bukan perjuangan berunsur keagamaan, perkauman, gender etc.


Bukan nak menyesakkan ibu kota.
Bukan nak menyusahkan semua manusia.
Bukan nak tunjuk pandai tak tentu hala.
Bukan itu tujuan utama.

Apabila kepelbagaian turun beramai-ramai
Termasuk yang tidak PAS tidak juga UMNO
Bahkan mahasiswa yang ribuannya punya idealisme berduyun-duyun menyusun langkah,

Hanya kerana mahukan kebobrokan dan penipuan,
kekotoran dan ketidakadilan
di hentikan dari terus menjadi virus di dalam kerajaan.

Janganlah membunuh idealisme & ideologi rakyat.
Jangan perbodohkan kami liat-liat.

Walaupun anda, punya jawatan,
Tapi kami lebih yakin kerana kami punya TUHAN !

ولله الحمد

Fikirlah, bagi yang masih tidak jelas.
Kalau tuntutan ini tak penting untuk anak cucu kita, takdak sapa teringin nak p cari pasai kena semboq denga tear gas tu.

Ana tak suruh setuju pun kalau ada yang tak bersetuju. Suruh pikiaq saja. Sekian ! :)
READ MORE- Lu pikiaq lah sendiri

Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi






بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Sekadar Peringatan Buat diri yang hina lagi faqir dan buat sahabat-sahabat yang dihormati kerana Allah


"Untuk menyatakan ketidakpuasan hati mahupun tidak setuju dengan pandangan sesiapa sekalipun biarlah penuh adab dan sopan kerana sesungguhnya Rasulullah sangat menjaga adab-adabnya dan kemuliaan akhlaknya yang memikat hati bisa menarik ramai untuk masuk 
Islam. Guru kami Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll merupakan seorang guru yang sangat menjaga adab-adabnya saat berbicara hatta, saat berhadapan dengan guru-gurunya. Beliau amat menekankan penjagaan adab sehinggakan beliau seringkali mendoakan anak-anak muridnya dengan doa "Zadakillahu 'lman wa adaban ya Nur Nadirah Mohd Nor" . Allahu Allah semoga ditambahkan ilmu dan adab kepada kita. Semoga dengan berkat kita menjaga adab terhadap guru-guru kita Allah akan mengganjarkan madad dan fudhuyat terhadap kita. Allahumma Amin

"
Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi. Semoga Allah sentiasa merahmati Guru kami dan zaujahnya.Allahumma Ameen. Merindui mutiara ilmu dan kata-kata hikmah daripada beliau


Pesanan Al-Fadhil Ustaz Yang diharapkan agar kita sama-sama ingat dan simpan. Lazimkanlah diri menghadiri majilis ilmu dan istiqamah mengamalkan amalan-amalan yang diijazahkan oleh guru kita dan usaha agar menghadirkan diri ke majlis-majlis talaqi serta berusaha untuk mengamalkan sunnah serta menjaga adab, akhlak kita. InsyaAllah sekadar peringat bersama. , semoga sedikit usaha ini mengetuk kembali hati-hati kita untuk istiqamah..


Semoga Allah merahmati semua. Allahumma Amin.


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan di dalam dirinya, ditambahkannya kefahaman di dalam agama"~Maksud hadis~ i


READ MORE- Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi

CATATAN POPULAR