Wednesday 31 October 2012

Wanita-wanita Hebat (Pencetus semangat buat diri)


Assalamualaikum semua sahabat budiman, sudah lama kita tidak berkongsi di wall blog ini bukan? alright...

Kisah yang dikongsi dalam kuliah hari ini kepada pelajar Hafizah berkenaan dengan wanita-wanita yang menjadi lambang kekuatan kepada kita semua.

Wanita-wanita hebat ini yang menjadi pencetus semangat buat diri ini untuk meneruskan perjuangan.

Akan datang kepadamu pertolongan saat putus asa sebagai anugerah dari Yang Maha Lembut lagi Maha Memperkenankan doa.

Jadilah seperti seorang wanita tua yang kuat di hadapan Gabenor Al-Hajjaj dengan keyakinan kepada Tuhannya. Saat anaknya dipenjara oleh Al-Hajjaj, Gabenor bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya akan dibunuh dihadapannya. Namun, wanita tua itu tetap yakin, teguh, berani dan dengan lantang menjawab “ Sekalipun engkau tidak membunuhnya dia akan pasti mati juga”.

Jadilah engkau seperti seorang perempuan Parsi yang sangat tawakal kepada Allah ketika kehilangan kandang ayamnya. Dia memandang langit dan berdoa “Ya Allah, Jagalah kandang ayamku, kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik penjaga”.

Jadilah diri anda seperti Asma’, puteri Abu Bakar, dalam kekuatannya setelah melihat anak lelakinya, Abdullah Bin Zubair, terbunuh dalam keadaan terpancang di tiang salib, lalu dia mengucapkan kata-katanya yang terkenal itu “Sekarang sudah saatnya bagi penunggang kuda yang berani ini untuk beristirehat dengan tenang”.

Jadilah seperti Khansa’ yang menyerahkan empat anaknya di jalan Allah, ketika mereka terbunuh syahid dia berkata “ Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan syahidnya mereka di jalan Allah”

Perhatikanlah wanita-wanita tersebut, sejarah mereka yang mulia, yang sarat dengan kemuliaan. Kita tak mampu menjadi sehebat mereka tetapi kita mampu mencontohi mereka... insyaAllah... Waffaqanaa-Llaahu ilaa maa yuhibbuhu wa yardlaah


No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR