Friday 23 December 2011

Air kopi Dan Donut (Transit Hidup)

                      


Assalamualaikum teman-teman seperjuangan, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Allah masih mengizinkan saya untuk terus melihat dunia ini dan terus meng'update' blog ini untuk perkongsian bersama, Alhamdulillah dan bersyukur juga hari ini kerana telah berlaku satu peristiwa yang amat bermakna dalam hidup saya dimana mungkin pembaca-pembaca dan teman-teman serta orang lain tidak pernah merasai apa yang saya rasai hari ini, tapi bukan peristiwa tersebut yang ingin saya kongsi, biarlah peristiwa ini terus berada dalam sanubari ini dan biarlah Allah sahaja yang menilai segalanya....

Teringat kata-kata seorang sahabat seperjuangan saya yang sebelum ini selalu berkongsi bersama-sama beberapa perkongsian serta selalu membantu dan memberi nasihat kepada saya tentang permasalahan yang saya hadapi, katanya "hidup ini di ibaratkan seperti air Kopi dan kuih Donut". Kenapa dengan air Kopi dan kuih donut? apa yang tersirat dan tersurat? jom kita berkongsi bersama, Selalunya bila ke kedai atau warung, bila air kopi diorder, air kopi tersebut di hantar kepada pelanggan dalam keadaan susu atau gula dan air kopi belum bercampur, maksudnya di sini adalah, air kopi belum dibancuh atau dikacau dengan susu yang berada dibawah iaitu di permukaan gelas atau cawan.

Baik, air Kopi. jika seseorang minum air kopi tanpa membancuh atau kacau susu dengan air kopi tersebut, sudah semestinya pada mulanya akan terasa kopi itu pahit dan akhirnya terasa terlalu manis kerana susu atau gula masih berkumpul dibawahnya yang belum dikacau, apa kata jika air kopi tersebut dibancuh dan dikacau dengan susu atau gula serta dicicah pula dengan donut, apa rasanya, lazat bukan? Kuih donut ibarat roda kehidupan, hidup kita tidak akan sentiasa berada di atas dan tidak sentiasa di bawah. Begitulah ibarat hidup kita, hidup kita tidak sentiasa berada dalam keadaan senang dan bahagia atau sebaliknya kerana tanpa kesusahan dan ujian dariNYA kita takkan pernah merasai kesusahan dan nikmat menghadapi sesuatu ujian itu.\

Saya mahu bertanya kepada pembaca budiman sekalian,yang mana lebih lazat, adakah air kopi yang dibancuh dengan susu/gula atau air kopi yang tidak dibancuh dengan susu/gula tersebut? Sudah tentu yang telah dibancuh bukan? Air kopi yang dibancuh dengan susu atau gula lebih lazat dibandingkan dengan kopi yang tidak dibancuh dan dikacau, makna disebalik air kopi dan susu/gula tersebut adalah ibarat kesusahan dan kesenangan dalam hidup manusia, manusia akan merasai nikmat hidup apabila kesenangan hidup disertai dengan ujian dariNYA. ingatlah, setiap kesulitan ada kesudahannya dan kemanisannya, Allah tidak akan menguji hambaNYA tanpa kemampuan seseorang hamba. Allah menguji seseorang hamba tanda kasih sayang Allah kepada kita, Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala seseuatu....

Kehidupan anugerah yang terulung bagi yang bergelar insan,
Harus dibajai dengan teras keluhuran keimanan,
Disemai dengan kejayaan menghiasi perjalanan,
Al-Quran dan sabda Rasullullah menjadi pedoman pendinding diri.

Adakalanya mencengkam diri tatkala alpa,
hampir meretakkan benteng ketabahan,
Bermula remaja bertatih menaiki tangga dewasa,
Dilangkah berhati-hati agar tidak silap menapak,
Merealisasikan impian menjadi realiti adalah suatu janji.

Pertemuan dan perpisahan adat suatu perhubungan,
Mengajar manusia erti suatu kesedihan dan kesedaran,
Wayang dunia menjadi peraturan bagi mereka
yang bersifat materialistik,
Mana yang bijak memutar belit gah berdiri,
Diperalatkan atau memperalatkan menjadi suatu rutin.

Tiada yang kekal di dunia, sentiasa berubah mengikut arus masa,
Yang muda tidak selamanya muda,
Bagi mereka yang sedar bekal tega di dada,
Yang tergelincir landasan, hanya berserah menanti pembalasan,
DIA yang lebih mengetahui segalanya...

Wallahua'lam...

Setakat di sini dulu perkongsian kali ini, jika ada salah dan silap harap ditegur insan yang jahil ini....terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca perkongsian ini....Alhamdulillah...sampai berjumpa lagi di lain perkongsian, semoga bermanfaat....senyumlah selalu wahai insan, kerana senyuman itu antara penawar bagi kesedihan dan kedukaan... (^__^)
READ MORE- Air kopi Dan Donut (Transit Hidup)

Thursday 15 December 2011

Usrah Tunjang Tarbiyah



"Genggamlah dengan erat hati, pegangan tauhid yang hakiki...."

Assalamualaikum w.h.b..

Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Yang Maha Esa serta selawat ke atas junjungan besar Rasullullah s.a.w. pagi tadi saya mendapat berpuluh-puluh email dari sahabat2 seperjuangan, banyak juga soalan dan pandangan yang diberikan, terima kasih kepada sahabat2 semua kerana sudi berkongsi ilmu bersama saya, bila dibaca satu persatu, saya tertarik dengan dua email bersertakan soalan oleh seorang sahabat non-muslim dan seorang sahabat seagama iaitu islam bertanyakan soalan yang mirip sama, begini soalannya :

(Si fulan (islam) : Assalamualaikum ustazah nadirah, saya nak tanya satu soalan, dah lama saya keliru dengan benda ini, boleh ustazah terangkan apa sebenarnya objektif, pengertian, matlamat, sejarah, rukun-rukun, pengisian serta adab-adab berusrah? saya selalu tengok ustazah bawa anak-anak murid dan kawan-kawan ustazah berkumpul, dan ustazah pasti ingat kan? saya datang jumpa ustazah dan tanya ustazah, ustazah sedang buat apa tadi? secara ringkas ustazah jawab "Usrah"..lalu ustazah tersenyum..malu juga nak tanya ustazah apa itu usrah, sebab saya tak tahu, tapi saya cuba langkah lain, saya hantar email ini supaya ustazah boleh terangkan kepada saya dan rungkaikan permasalahan saya ini, terima kasih... Assalamualaikum....

(Si fulan (non-muslim) : Nadirah, lin mau tanya sm kamu, apa itu usrah? x paham.. apa benda tu? sbb hari tu lin dgr kamu bincang cakap pasal usrah dengan kawan2 lin tpi lin x paham... boleh explain x?

Baiklah, kedua-dua soalan tersebut saya akan cuba jawab dan sebarang teguran dari para arif dan bijaksana serta sahabat-sahabat sangat saya harapkan dan alu-alukan agar saya dapat memperkemaskan lagi blog dan ruangan perkongsian ini, semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini... baiklah....

apa objektif saya membuat dan memilih penulisan ini? secara ringkas supaya :

1 : Ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah yang sebenar.
2 : Ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya.
3 : Ahli usrah memahami dan menghayati rukun-rukun usrah dan menyedari bahawa ia adalah antara keistimewaan yang di dapati daripada pembabitan diri dalam usrah.

Sekarang saya akan terangkan beberapa perkara yang diminta oleh sahabat kita dalam soalan di atas mengenai usrah, antaranya :

1 : Pengertian usrah
2 : Matlamat usrah
3 : Sejarah usrah
4 : Rukun-rukun usrah : Ta'aruf, tafahum, takaful
5 : Adab-Adab usrah



PENGERTIAN USRAH


Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslim) yang beriman dengan Allah s.w.t, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati islam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah dan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan islam (Ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan islam.

MATLAMAT USRAH


1 :Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran islam yang syumul.
2 : Mengukuhkan semnagat ukhuwwah islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.
3 : Menambahkan penghayatan islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap islam.
4 : Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami islam, beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t.

SEJARAH USRAH


Sejarah usrah bermula pada zaman Rasullullah s.a.w, apabila orang yang memeluk islam meningkat kepada 50 lelaki dan wanita. Rasullullah telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran islam, tunjuk ajar dan nasihat. Semua ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.

RUKUN-RUKUN USRAH


Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun usrah tersebut ialah :

1 : Al-Ta'aruf (Berkenalan)
2 : Al-Tafahum (Persefahaman)
3 : Al-Takaful (Bantu-membantu / perseimbangan)

Al-Ta'aruf (Berkenalan)

Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang dalam naungan ruh Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasullullah s.a.w, bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Firman Allah s.w.t :

"Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu........" (Al-Hujuraat : 10)

firman Allah seterusnya :

"....dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali Allah kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah......." (Ali-Imran : 101)

Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud :

"seseorang mukmin bagi mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.:"

Sabda Rasullullah s.a.w :

"Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.:

Sabda Rasullullah s.a.w :

"Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal, maka seluruh tubuh akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam."

Al-Tafahum (Persefahaman)

Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau persefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada kebenaran, iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNYA. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-halusnya samada benar-benar telah menunaikan perintah Allah s.w.t. atau menderhakai perintahNYA. Setelah memeriksa diri sendiri, maka hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain.

Dalam memberi nasihat, yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya dan berterima kasih atas nasihat tersebut, manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar jarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebulan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak terdaya untuk memperbaikinya.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah memberikan kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat. Ini kerana martabat "berkasih sayang kerana Allah" adalah setinggi-tinggi martabat kasih sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang amat penting dalam agama islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud. "Agama itu adalah nasihat".

Al-Takaful (Bantu-membantu / perseimbangan)

Al-Takaful atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar dan terdampar. Dasar Al-Takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukun al-takaful ini, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah-menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasullullah s.a.w yang berbunyi :

"Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di dalam masjidku ini."

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/at pula, laksanakanlah amanah dan tugas ini dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.

Berusrah (muslimin)

PENGISIAN USRAH

Setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dngan masa yang ada, tambahan lagi bagi seseorang yang berada dalam jalan perjuangan islam. Oleh itu, pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut : 

*Membentangkan permasalahan dan kesalahan

Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi, kemudian saudara yang lain turut mengambil berat untuk menolong anggota mengatasi masalah tersebut. Ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati semata-mata kerana Allah s.w.t. Sabda Rasullullah s.a.w :

"Orang mukimin itu adalah cermin bagi saudaranya."

Sabda Rasullullah s.a.w seterusnya yang bermaksud :

"Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka, dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan  mengadukan hal maka seluruh anggota yang lain turut mengganggunya dengan berjaga malam dan merasai demam."

*Bermuzakarah

Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat islam. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.

*Kajian buku

Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar. Perkara-perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam talimat-taklimat usrah.

*Program tambahan

Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat :

(a) mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
(b) Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap hari.
(c) Berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama seminggu atau dua minggu sekali.
(d) Sembahyang berjemaah bersama-sama di surau atau masjid.
(e) Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail.

Berusrah (muslimat)

ADAB-ADAB USRAH

1 : Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Maksudnya : katakanlah : "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah taala." (Al-an'aam : 162)

2 : Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang ditetapkan.

3 : Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah.

4 : Datang ke majlis usrah dalam keadaan berwudhu' dan suci tubuh badan.

5 : Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Quran, teks usrah dan buku catitan.

6 : Hadir usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman islam.

7 : Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, serta selawat ke atas Rasullullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan Surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah dengan bertadabbur maknanya.

8 : Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar.

9 : Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan ahli usrah.

10 : Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan.

11 : Bersalaman dan bermaafan selepas selesai usrah.

Alhamdulillah, ini lah serba sedikit yang mampu saya huraikan di runagan ini tentang usrah, segala kesilapan dan kekuranagn adalah kelemahan daripada saya sendiri, oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan dalam penulisan di atas harap dimaafkan. Teguran membina amatlah dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan pada penulisan ini, Akhir kata, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk membaca dan menziarah blog ini, semoga sama-sama mendapat manfaatnya... JOM USRAH!!
READ MORE- Usrah Tunjang Tarbiyah

Wednesday 14 December 2011

SAHABAT

Sahabat

Sahabat,
Terima kasih atas segalanya,
Pengorbananmu, keikhlasanmu, kehadiranmu,
memberiku yakin bersemangat,
semangat yang tak mungkin malap,

Sahabat,
Aku menyayangimu,
Jauh disudut hatiku aku tak ingin,
kehilanganmu,
Walaupun sejuta tahun berpisah silaturrahim tak akan putus,

Sahabat,
Ingatlah, hidup ini penuh dengan pancaroba,
hargailah masa depan kita,
janganlah dibawa oleh arus kesesatan,
Teruskanlah usaha ke arah kecemerlangan,

Sahabat,
Hanya satu ku pinta,
Semoga dalam doamu ada diriku,
Semoga dalam mimpimu hadir diriku,
Semoga waktu rehatmu ada diriku,
Akhir kata, semoga persahabatan, berpanjangan.

Ana tujukan video ini buat sahabat2 semua... teruskan perjuangan...:)

Buatmu sahabat-sahabatku

Everything i do.... i do it for you... Allah... thanks for everything, everything you have given me and everything you have taken back for they are not mine, All are rightfully yours... Allah... I live for you, i die for you, and I always pray for you, As there is nothing else I could do but to submit myself to your mercy and to hope for your blssing. Allah... I love what you love for your love is true and eternal, I hate what you hate for you are all knowing, Everyting I do, I do it for you.... 
                                                         
READ MORE- SAHABAT

Saturday 10 December 2011

Spontan....MUHASABAH

Demi masa

Bukan dengan paksaan, tetapi dengan desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dengan sendiri (Tanpa ada paksaan atau setelah dirancang-rancang). Demikian definisi spontan menurut Kamus Dewan.


Berapa kali dalam hidup kita lakukan kebaikan secara spontan tanpa berfikir panjang? berapa kali kita berfikir dan berkira-kira dalam melakukan kebaikan? Berapa kerap pula kita tidak berfikir panjang menuruti kemahuan nafsu?

Jika diteliti definisi akhlak sebagaimana yang diberikan oleh Maskawaih, akhlak adalah suatu keadaan bagi diri atau jiwa yang mendorong (diri atau jiwa itu) untuk melakukan perbuatan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan. Di sini wajud unsur spontan dalam melakukan kebaikan.

Muhasabalah diri, andai diri masih "Tidak spontan" melakukan kebaikan dan ketaatan, mungkin jiwa dan hati perlu dikemas kini dengan "perisian" mahmudah.

jom berhibur dan muhasabah
READ MORE- Spontan....MUHASABAH

MUSLIM YANG “ISLAMOPHOBIA”

Sahabat

Assalamualaikum teman2, bersua kembali kita di blog "Permaidani Cintaku" ini, ingin ana berkongsi perbualan ana dengan seorang sahabat ana mengenai ISLAMOPHOBIA, Ketika ini ana menunggu seorang sahabat ana di kaki lima di hospital HUSM, tiba2 datanglah seorang wanita duduk di kerusi tepi ana, umurnya lebih kurang dengan ana, pada mulanya kami taaruf panjang, lepas habis taaruf, tiba-tiba wanita ini berkata...........


“Kenapa orang bukan islam sangat sukar untuk memahami islam?” Tanya seorang wanita dengan nada kesal.

“Sebab orang islam sendiri gagal memahami mereka” Jawab saya perlahan.

“Kenapa orang islam gagal memahamkan bukan islam tentang islam?”

“Sebab orang islam sendiri tidak faham islam”

“Apa bukti kata-kata  awak ni?”

Buktinya jelas, lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan?”

“Kenapa ke situ pula arah percakapan awak?”

“Sebab islam itu bererti selamat. Bukan sahaja selamat bahkan mampu menyelamatkan, maka sudah tentulah secara logiknya umat islam adalah umat yang paling selamat dan dapat menyelamatkan orang lain”

“Tetapi realitinya tidak begitu kan?”

“Awak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Kita mundur dari semua sudut, samada rohani mahupun jasmani.”

“Maksud awak di dunia antarabangsa?”

“Tak payah pergi jauh. Lihat sahaja di negara kita, siapa yang terlibat dalam gejala sosial? Siapa yang paling ramai di pusat serenti? Siapa yang ketinggalan di bidang ekonomi? Ya, bangsa Melayu islam.” Kata saya.

“Awak jangan silap, kelemahan umat islam bukan bererti kelemahan islam.” Katanya.

“Benar, tetapi umat islamlah yang menyebabkan berlakunya Islamophobia. Umat islam yang tidak amalkan islam secara penuh dan menyeluruh.” Balas saya.

“Musuh mengambil kesempatan memburuk-burukkan islam atas kelemahan umat islam. Mereka yang salah.”

“jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri membuka peluang untuk diperlakukan demikian.”

“Jadi, bagaimana nak atasi Islamophobia?”

“Dalam kalangan siapa, umat islam atau bukan islam?” Bidas saya.

“Tentulah dalam kalangan bukan islam. Contohnya barat, merekalah yang menuduh kita mundur, ganas, berpecah belah dan militant.”

“Bagi saya, kita perlu laksanakan strategi serampang dua mata.”

“Macam mana pula tu?”

“Kita perlu perjelaskan dan amalkan islam yang sebenar dalam kalangan umat islam. Itu yang penting.”

“Bagaimana dengan bukan islam?”

“InsyaAllah, umat islam yang faham islam dan mengamalkannya merupakan hujah yang kuat untuk menolak Islamophobia.”

“Kenapa?”

“Selamanya manusia mempercayai matanya daripada telinga. Action speaks louder than words.”

“Eh, tak faham pula saya.”

“Kita mesti amalkan islam yang boleh dilihat. Bukan sahaja cakap-cakap tentang islam yang hanya enak didengar.”

“Apakah amalan islam sekarang belum cukup?”

“Belum cukup dan belum sempurna.” Kata saya lagi.

“Jangan ekstrem. Berpada-padalah. Bersederhana.”

“Kita belum amalkan islamyang sederhana. Kita masih di bawah paras sederhana.”

“Awak ni…Biar betul. Ukuran mana yang awak pakai?”

“Siapakah yang paling sederhana mengamalkan islam?”

Wanita itu terdiam.

Role model individu yang paling sederhana mengamalkan islam ialah Rasullullah s.a.w. Bagindalah yang pernah bersabda, sebaik-baik urusan adalah yang pertengahan. Justeru, Bagindalah orang pertama mengamalkan apa yang diperkatakannya.”

“Ikut Nabi…Susahlah.”

“Bagindalah ikutan bagi kita mengamalkan kesederhanaan islam. Bagindalah hidup yang mengamalkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam Al-Quran.”

“Maksud awak konsep wasatiyah?”

Wasatiyah dalam seluruh sistem hidup.Daripada persoalan ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Yang merangkumi soal aqidah, syariah dan akhlak.”

“Siapa yang mampu buat begitu?”

“Para sahabat, salafussoleh dan orang mukmin dari dulu hingga sekarang, mereka ialah golongan sederhana yang mengikuti Rasullullah s.a.w. insan yang paling sederhana.”

Melihat dia diam, saya menambah, “Lihat bagaimana iman, solat, ekonomi, ketenteraan dan seluruh cara hidup mereka. Itulah model kesederhanaan yang diredhai Allah. Selain itu masih dikira ekstrem, sama ada ekstrem yang liberal atau ekstrem yang fanatik.”

“Bagi saya kesederhanaan itu adalah dengan mengamalkan islam yang tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan. Kita dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang majmuk dan pelbagai.” Katanya.

“Saya setuju dengan pandangan awak. Lihat apa yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda mampu menghadapi dan menangani cabaran masyarakat majmuk di Madinah.”

“Kita perlu diplomasi.”

“Diplomasi yang tidak menggadaikan hokum dan peraturan Allah.”

“Contohnya?”



Islam Itu Sederhana

“Apabila kita makan, kita memilih yang halal, menolak yang haram dan syubhah. Itu sederhana. Apabila berpakaian, kita menolak pakaian mendedahkan aurat, itu sederhana. Apabila kita berekonomi, kita menolak riba dan penzaliman, itu sederhana. Apabila…..”

“Cukup-cukup, itu semua berlaku dalam kalangan umat islam, bukan? Bukan itu sasaran saya. Sasaran saya ialah Islamophobia dalam kalangan bukan islam.”

Saya hampir menggeleng-gelengkan kepala, betapa sukar untuk menyakinkan bahawa Islamophobia dalam kalangan bukan islam boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi Islamophobia dalam kalangan umat islam sendiri.

“Cuba awak fokus sikit kepada bukan islam.”

“Ya, saya teringat apa yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi mengenai ucapan seorang intelektual yang baru memeluk islam.”

“Pelik bunyinya?”

“Tak pelik sebenarnya, maksudnya, mujur dia memahami ajaran islam yang begitu indah, sempurna dan praktikal secara ilmiah terlebih dahulu. Hingga dengan itu hatinya terbuka untuk memeluk islam. Sekiranya dia terlebih dahulu mengenal perangai dan sikap orang islam yang buruk, maka dia tidak akan bergerak untuk memeluk islam. Maka dia memuji Allah atas rahmat itu.”

“Tetapi ramai juga yang tertarik kepada islam kerana umat islam, betul tak?”

“Betul, tetapi umat islam yang bagaimana? Tentulah umat islam yang mengamalkan islam.”

“Isy, fokus awak masih kepada orang islam. Itu bukan sasaran saya.”

“Saudari, memang benar kita akan ditanya oleh Allah mengapa tidak berdakwah yakni memberi penjelasan tentang islam yang sebenar kepada bukan islam tetapi Allah tentunya akan lebih bertanya kepada kita apakah kita telah amalkan islam yang telah kita akui kebenaran dan kesempurnaannya. Bukankah kita bertanggungjawab menyelamatkan diri kita dan keluarga kita daripada api neraka terlebih dahulu? Bukankah moto dakwah kita adalah perbaiki diri dan serulah orang lain?”

“Jadi, awak enggan berusaha mengatasi Islamophobia dalam kalangan bukan islam?”

“Saya menyokong. Fitnah yang melanda islam dan umat ini perlu ditangani dengan serius. Ia satu dakwah dan jihad yang utama.”

“Tetapi awak macam skeptis sahaja…”



Sempurnakan Kefahaman Umat Islam

“Bukan begitu, saya berasa kita juga perlu juga baiki dan sempurnakan kefahaman dan amalkan silam dalam kalangan umat islam, sekali gus kita perjelaskan islam yang kita fahami dan amalkan itu kepada bukan islam. Mari kita amalkan cara hidup islam yang syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu kita.”

“Mengikut nafsu?”

“Ya, kekadang ada yang sesuai kita ikut. Tetapi ada yang kita rasa tidak sesuai lalu kita pinggirkan. Saya teringat ancaman Allah dalam al-Quran tentang golongan yang beriman dengan sebahagian isi al-Quran dan kufur dengan sebahagian yang lain. Mereka itu dijanjikan dengan kehinaan ketika hidup di dunia dan akan dilemparkan ke neraka.”

“Awak mengamcam;”

“Tidak, ini mengingatkan kerana kasih sayang. Saya pun lemah. Tetapi jika kita sama-sama berusaha, kita akan saling kuat-menguatkan.”

“Kalau begitu, boleh tak kita jangan bercakap tentang neraka?”

“Mengapa?”

“Itu menakutkan. Kita bincang soal yang harmoni.”

“Saya tidak faham apa yang awak maksudkan dengan ajaran islam yang harmoni. Tetapi soal neraka dan syurga ini adalah soal iman. Ia adalah perkara pertama dan utama yang ditekankan oleh Nabi s.a.w. di peringkat awal perjuangannya.”

“Awak menakutkan orang bukan islam.”

“Maaf saudari, saya sedang berhadapan dengan saudari..orang islam. Kita perlu bercakap soal iman kerana tanpa iman, islam akan hanya ada difikiran dan lisan, bukan di hati dan amalan.”

“Bukan begitu, tapi soal ini perlu dikemudiankan..”

Saya terdiam, oh, betapa ramainya orang islam yang mengukur kesederhanaan islam mengikut “Kesederhanaan” nafsu, bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman islam oleh Rasullullah s.a.w.dan para sahabat merujuk kepada kesederhanaan wahyu!

READ MORE- MUSLIM YANG “ISLAMOPHOBIA”

Thursday 8 December 2011

Menikmati SAKIT

Assalamualaikum pembuka bicara,
Istimewa buat pembaca setia, 
hmm, dah lama rasanya x bersua bersama,
nak buat macam mana sibuk setiap masa,

Berseloka sejenak...smile for problem, dah lama rasanya tak update blog "Permaidani Cintaku" ini, hari ini baru ada masa nak update semula, tak apa, asalkan kita ikhlas berkongsi..baiklah, kali ini ana nak menulis sedikit tentang nikmat sakit, jom sama2 layan perkongsian di bawah..:-)


di wad

Sesungguhnya mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan ke atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba. Namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit menimpa, maka sekaligus ia telah melenyapkan kebahagiaan.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a, Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Namun orang yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar, dan mengharapkan ganjaran pahala, sebagaimana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a, beliau berkata: "Rasullullah s.a.w.bersabda (yang bermaksud): "Sungguh ajaib keadaan seorang Mukmin seluruh keadaannya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. Apabila ia ditimpa musibah, ia akan bersabar dan musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."

bilik pembedahan

Sakit Dapat Menghapuskan Dosa

Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai keuntungan dan kebaikan daripada penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan kesembuhan daripada penyakit tersebut.

Selain penyakit dapat menghapuskan dosa-dosa, ia juga dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaanNYA, Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaanNYA."

Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah akan percepatkan seksaan di dunia."

Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasullullah s.a.w. ketika baginda s.a.w. mengalami demam teruk. Beliau bertanya:"Wahai Rasullullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab:"Betul, bahkan aku merasai demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang,"Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab:"Rasullullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud):"Orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang di bawah kedudukan mereka) secara berturut. Seorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah, maka cubaan yang menimpanya juga sesuai dengan kadar imannya. cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di muka bumi tanpa memiliki sebarang dosa lagi."

Suatu hari, Rasullullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib, Baginda bertanya:"Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?" Wanita itu menjawab:"Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasullullahs.a.w. bersabda:"Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam.." (Riwayat Muslim)

Mengharapkan Sakit

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan:"Sesungguhnya para ulama dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."

Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmahNYA yang mungkin kita tidak menyukainya. lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.

Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t, dan rahmatNYA, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya Ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakannya lagi kerana mereka sedang sakit.

Sebuah hadis riwayat al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a, Beliau bercerita:"Rasullullah s.a.w. bersabda: Kalau seorang hamba sakit atau sedang dalam musafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."

Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan daripada Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.

Ya Allah, ampunilah daku....

Selepas Kesukaran Ada Kemudahan

Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah Taala datangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia sudah menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhlukNYA.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Inshirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud:"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesudahan itu ada kemudahan."

Boleh jadi sebagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehinya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka dihadapannya jalan keluar daripada kesukaran yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.

Orang yang terkena bencana musibah, hakikatnya sedang menanti kesenangan dari orang yang sedang dalam kesenangan.

Jangan Ikut Terlunjuk Syaitan

Syaitan tidak pernah merasa letih untuk menyesatkan seseorang Muslim samada semasa ia kuat atau lemah, sihat ataupun sakit. oleh sebab itu, hendaklah kita berjaga-jaga terhadap hasutan syaitan setiap masa.

Apabila seseorang hamba itu bersabar menahan beratnya penyakit tersebut dan rasa sakit yang hebat, itu lebih baik daripada menempuh cara yang akan mengiringinya ke dalam neraka yang menyala-nyala.

Wallahua'lam

Tamat sudah perkongsian hamba,
kalau salah minta tegur hamba,
sama2 lah baiki semula,
biasalah hamba ni manusia biasa je...:)
READ MORE- Menikmati SAKIT

Sunday 2 October 2011

5 prinsip perundangan Islam


HUKUMAN hudud, qisas, diyat dan ta’zir dalam Kanun Jenayah Syariah bertujuan menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk kepada lima perkara :
1. Menjaga agama – Iaitu menjaga akidah supaya tidak terpesong, tidak menjadi orang murtad yang wajib dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka, jika mereka enggan bertaubat setelah disuruh bertaubat lebih dulu sebelum mereka dihukum bunuh. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menukarkan agamanya (murtad) maka bunuhlah dia. (Bukhari)
2. Menjaga nyawa – Iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuk juga menjaga anggota tubuh badan seseorang, iaitu memberi seseorang manusia hak hidup dan selamat anggota tubuh badan mereka dari dicederakan dan dirosakkan. Mereka yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan orang lain, tertuduh wajib dijatuhkan hukum qisas atau diyat. Firman Allah Taala: “Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 179)

3. Menjaga akal fikiran – Menjaga akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman memabukkan, mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukum sebat tidak lebih dari 80 kali sebatan dan tidak kurang dari 40 kali sebatan. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Ali: “Rasulullah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar menyebat 40 kali sebat juga dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini yang lebih aku sukai. (Riwayat Muslim)
4. Menjaga keturunan – Menjaga seseorang manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, wali dan warisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak, mereka yang melakukan perzinaan itu wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ubaidah bin Al-Somit: “Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah memberi jalan untuk mereka. Perawan sama jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda (duda) sama janda berzina hukumannya disebat sebanyak 100 kali sebat dan direjam.” (Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda – Menjaga harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan, sebagaimana firman Allah Taala: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Maidah: 38)
“Hanya balasan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh saja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas saja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksaan yang amat besar.” (Al-Maidah: 33)
Sumber buku Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis oleh Said Ibrahim, Bekas Mufti Sabah
READ MORE- 5 prinsip perundangan Islam

Objektif MAQASID SYARIAH



Allah mencipta sesuatu itu ada tujuan dan hikmahnya. Mustahil bagi Allah menjadikan suatu perkara itu tanpa arah tujuan dan matlamatnya.
Penciptaan Allah adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Untuk memahami hakikat ini, Allah SWT memerintahkan manusia agar bertadabbur dan bertafakur melihat hikmah di sebalik segala yang diciptakan.
Allah SWT mencipta manusia dengan tujuan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya. (Hud: 61)
Bagi membantu manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, Allah SWT menurunkan syariatnya yang wajib dipatuhi.
Memang diakui di kalangan ulama bahawa terdapat tujuan di sebalik setiap pensyariatan. Dan seperti yang dinyatakan di atas ada yang dapat difahami secara jelas dan ada yang menjadi rahsia Allah. Tujuan atau matlamat ini disebut sebagai maqasid.
Maqasid syariah adalah tujuan-tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar daripadanya.
Sesungguhnya Allah SWT apabila mensyariatkan hukum, sebenarnya adalah bertujuan memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan.
Hukum taklifi
Apabila seseorang individu mencapai tahap mukalaf maka setiap amalan, perlakuan dan aktiviti yang dilakukannya akan terkena kepada salah satu dari lima hukum taklifi.
Mukalaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif syarak (tuntutan dan kewajipan syarak).
Orang yang mukalaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perlakuannya tertakluk dengan hukum yang ditetapkan oleh agama.
Syarat-syarat mukalaf ialah telah sampai umur (yakni baligh), memiliki akal yang waras, sampai dakwah kepadanya, sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.
Setiap perbuatan dan perlakuan mukalaf tertakluk dengan hukum yang ditetapkan oleh agama yang disebut sebagai hukum taklifi seperti berikut:
1. Wajib iaitu tuntutan syarak ke atas setiap mukalaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti (jazam).
Jika tidak dilaksanakan, maka individu tersebut akan berdosa dan sebaliknya. Jika dia melaksanakannya, akan mendapat pahala seperti menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
2. Haram adalah tuntutan syarak ke atas mukalaf supaya meninggalkan sesuatu perkara dengan tuntutan secara pasti (jazam).
Jika ia dilakukan, maka individu tersebut mendapat dosa, dan sekiranya meninggalkannya akan mendapat pahala seperti meminum arak.
3. Makruh ialah apa-apa yang dituntut untuk meninggalkannya tidak secara ilzam atau sesuatu perkara yang mana lebih afdal (utama) ditinggalkan dari dilakukan.
Pembuatnya tidak berdosa, tetapi hanya dicela. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak membuat perkara tersebut) akan mendapat pahala dan pujian daripada Allah SWT.
4. Sunat adalah apa-apa yang dituntut untuk melakukannya iaitu dengan memberikan ganjaran kepada individu yang melakukannya, dan tidak berdosa orang yang meninggalkannya.
Ia memuji orang yang melakukannya dengan mengurniakan pahala, pada waktu yang sama tidak mencela dan tidak berdosa orang yang meninggalkannya seperti bersedekah.
5. Harus adalah sesuatu perkara yang diberikan pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya. Ia tidak akan mendatangkan sebarang pahala atau dosa.
Hukum-hukum syariah ini adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan manusia. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukum ini bukan untuk memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas mereka.
Kita perlu reda dan akur dengan segala syariat Allah dengan meyakini bahawa segala ketetapan Allah yang berupa peraturan dan undang-undang ini adalah demi menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
Asas maqasid syariah
Objektif di sebalik penurunan atau penetapan syariah dapat dilihat sendiri menerusi dua sumber utama kepada umat Islam iaitu al-Quran dan hadis.
Ia bertitik-tolak dari firman Allah SWT yang menjelaskan motif kebangkitan junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui firman-Nya: Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya’: 107).
Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkataan ‘rahmat’ itu bermaksud kebaikan, kemaslahatan dan keharmonian.
Jika kita memerhatikan kejadian alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakam syariah.
Maqasid syariah juga dapat dijejaki menerusi ayat-ayat al-Quran. Kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya. Begitu juga ayat-ayat yang menyentuh tentang larangan.
Biasanya, ia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang akan menimpa mereka yang melakukannya.
Sebagai contoh, dalam persoalan solat, Allah SWT jelas menyatakan matlamat dari pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan maksiat dan penderhakaan kepada Allah SWT dalam kehidupan mereka.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 45)
Demikian juga dalam persoalan puasa, Allah SWT menjelaskan objektif pensyariatannya kepada umat Nabi Muhammad dan umat nabi-nabi yang terdahulu adalah untuk membentuk jiwa yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu (sentiasa) bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Begitu juga dari sudut undang-undang, Islam menjelaskan objektif di sebalik pensyariatan qisas terhadap mereka yang melakukan pembunuhan secara sengaja. Firman Allah SWT: Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) kehidupan bagi kamu. (al-Baqarah: 179)
Dari sudut ekonomi pula, Islam sangat menggalakkan supaya umat Islam membudayakan derma, sedekah, hibah, wakaf dan sebagainya untuk berkongsi nikmat harta yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka.
Harta tersebut boleh dimanfaatkan oleh golongan yang tidak berkemampuan untuk membina hidup mereka. Bahkan, Allah SWT mewajibkan umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya untuk membayar zakat kepada asnaf-asnaf.
Objektif pensyariatannya dinyatakan dalam firman Allah SWT: ….. Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu. (al-Hasyr: 7)
Pembahagian maqasid syariah
Maqasid syariah secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, dharuriyyat.
Ia adalah perkara-perkara yang termasuk dalam keperluan asasi yang mesti dipenuhi oleh setiap individu. Ia adalah kemaslahatan yang perlu dipenuhi untuk mendirikan kemaslahatan agama dan dunia.
Jika tiada maslahah ini, kemaslahatan dunia tidak akan bergerak dengan lancar dan akan hilang nikmat dan keselamatan di akhirat kelak.
Contohnya, seorang individu perlu mempunyai harta untuk meneruskan kehidupan. Justeru, Allah SWT menurunkan syariat yang berkaitan dengan persoalan memiliki harta, menggunakan dan membelanjakannya.
Terdapat lima perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini iaitu memelihara agama, memelihara diri/jiwa, memelihara keturunan, memelihara akal dan memelihara harta.
Contohnya, dalam bab memelihara agama, Allah SWT dan Nabi SAW memerintahkan umat Islam mempelajari Islam dan mengukuhkan akidah dan syariat seperti solat, puasa dan haji.
Kemudian, Allah SWT menurunkan syariat untuk menjaganya seperti suruhan berdakwah dan berjihad.
Keduanya, hajiyyat iaitu kemaslahatan yang bersifat keperluan dan hajat manusia.
Ia untuk menghilangkan kesulitan dan kesempitan yang boleh membawa kepada kesusahan hidup. Jika kemaslahatan ini tidak dapat dipenuhi ia boleh menyebabkan kesulitan dan kesusahan hidup.
Contohnya, Rasulullah SAW melarang dari menjual sesuatu yang tidak jelas (gharar) seperti ikan di lautan dan burung di udara.
Ini bertujuan menjamin kepentingan pembeli bagi mendapatkan haknya setelah membayar kepada penjual.
Bahagian yang ketiga adalah tahsiniyyat iaitu kemaslahatan dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak. Jika hilang kemaslahatan tersebut, maka ia akan menyebabkan kehidupan menjadi buruk pada pandangan akal.
Sebagai contoh, seorang individu yang telah mempunyai kereta dibenarkan untuk memiliki sebuah lagi kereta sekiranya mempunyai keperluan dan kemampuan.
Pembahagian ini sengaja dijelaskan dan dipaparkan oleh para ulama untuk membantu umat Islam dalam menentukan prioriti dan keutamaan dalam melakukan ketaatan dalam hidup mereka.
READ MORE- Objektif MAQASID SYARIAH

Pengenalan Hukum Hudud



  بسم الله الرحمن الرحيم
HUKUMAN SEBAT DALAM ISLAM            
Anggapan setengah masyarakat hari ini terhadap hukuman sebat yang terkandung dalam hukum dan perundangan Islam telah dipengaruhi oleh keadaan hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara-penjara sekarang. Lebih-lebih lagi dari segi alat pemukul (rotan) cara-cara pukulan dan kesakitan yang dialami oleh penerimanya dan berbagai-bagai lagi.             Dalam risalah yang kecil ini dijelaskan secara ringkas tentang hukuman sebat sebagaimana yang dikehendaki oleh ugama Islam terutamanya yang berhubung dengan alat sebat, cara-caranya dan anggota-anggota yang boleh dipukul (sebat).
Hukuman sebat yang dikenakan sebagai siksaan bagi kesalahan jenayah yang menyentuh maruah, akal dan kehormatan :
 واما الجلد فجعله عقوبة الجناية على الأعراض ، وعلى العقول ، وعلى الابضاع
 (Mengikut Istilah Fuqaha’)  Ianya bertujuan diantara lainnya. :  
1. Supaya sesiapa yang menerima hukuman itu atau melihatnya akan menjauhi jenayah itu sejauh-jauhnya.
2. Membersihkan masyarakat dari perbuatan tabiat yang keji dan hina.
3. Mengamankan masyarakat dari bahaya dan ancaman penjenayah
4. Untuk menjadi contoh teladan yang paling berguna untuk mengatasi perbuatan-perbuatan jenayah. 
 HUKUMAN SEBAT :
Hukuman sebat itu terbahagi kepada dua bahagian :
 1. Sebat dalam masalah hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah Subhanahu wataala
.2. Sebat dalam masalah Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, selain daripada siksaan hudud, qisas, diat dan kafarat, dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi pengajaran.Syarak tidak menetapkan sesuatu siksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan Ta’zir dan cukup serta memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya  dan sesudah itu diserahkan kepada pihak pemerintah untuk memilih dan menentukan mana-mana hukum-hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan masalah itu sendiri.
JENIS-JENIS KESALAHAN  HUDUD.
Jenis-jenis kesalahan hudud yang telah ditetapkan hukuman sebat ialah :
1. ZINA.
Firman Allah Taala :
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ
Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. (Surah An-Nur : 2)
Yang dimaksudkan dengan penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat seratus kali itu ialah khusus untuk penzina yang belum kahwin
 (Ghaira Muhsin) Ertinya yang belum merasai persetubuhan halal, iaitu dengan cara berkahwin, adapun penzina yang telah berkahwin (Muhsin) hukumnya ialah rejam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis berikut : 
عن أبي هريرة قال : اتى رجل رسول الله (ص) وهو في المسجد فناداه فقال يارسول الله اني زنيت فاعرض عنه حتى ردد عليه أربع مرات فلما شهد على نفسه أربع شهادات دعاه النبي (ص) فقال : ابك جنون ؟قال : لا قال : فهل أحصنت ؟ قال نعم. فقال النبي (ص) اذهبوا فارجموه .
Maksudnya : Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW. semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah SAW. pun memanggilnya lalu bersabda : Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin ? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam. (Muttafaq ‘Alaih)
2. QAZAF (MENUDUH ZINA)
Firman Allah : وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً  
Maksudnya: Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat. (Surah An-Nur : 4)
Mengikut kaedah dalam perundangan Islam bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan apa jua perbuatan yang haram, tertanggung ke atasnya (wajib) membuktikan kebenarannya. Dan jika gagal atau enggan hendaklah dikenakan siksaan. Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh maruah dan kehormatan seseorang. Sangat berat untuk ditanggung oleh mana-mana orang yang tidak bersalah. Sangat banyak akibat yang timbul dari sesuatu tuduhan zina yang melulu ke atas seseorang. Perbuatan itu akan melahirkan kemarahan, persengketaan serta meruntuhkan rumahtangga dan masyarakat. Anak-anak yang lahir dari seseorang yang tertuduh zina akan menjadi mangsa. Kerukunan dan kebahagiaan suami isteri akan roboh dan hancur berkecai.Oleh itu amat wajar orang yang membuat tuduhan palsu itu dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebat. 
   مدمن الخمر كعابد وثن
Ertinya : Orang yang ketagihan arak itu adalah seperti penyembah berhala. Oleh kerana minum arak itu adalah dari perbuatan dan pekerjaan syaitan yang amat keji maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak.
KESALAHAN TA’ZIR
Firman Allah :وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ 
MAKSUDNYA : Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah An-Nisa’ : 34)
Ayat tersebut merupakan hujjah dan dalil bagi ahli-ahli perundangan Islam bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahn ta’zir dan sebat merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan ta’zir yang serius untuk memberi pengajaran yang tepat dan berkesan kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan itu. Keistimewaan hukuman ini ianya tidak membebankan pihak berkuasa (kerajaan) dan tidak menghalang pesalah sesudah menjalani hukuman dari berusaha menjalankan pekerjaan dan sebagainya dan tidak pula terpaksa meninggal dan membiarkan ahli keluarganya menempuh berbagai-bagi kesusahan dan keperitan hidup mencari nafkah dan sebagainya seperti mana dalam kes hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta-merta setelah disabitkan kesalahannya dan sesudah itu dibebaskannya untuk membolehkan meraka menjalani kehidupan biasa bersama-sama keluarganya.
KADAR HUKUMAN SEBAT
Ulamak Syafie berpendapat bahawa hukuman sebat dalam kesalahan ta’zir tidak boleh melebihi sekurang-kurang hukuman hudud. Ertinya hukuman ta’zir dengan rotan “Sebat” ke atas seseorang pesalah hendaklah kurang daripada empat puluh kali sebat.
Sabda : من بلغ حدا في غير حد فهو من المعتدين
Maksudnya : Sesiapa yang melebihi had “Sekatan” dalam kesalahan bukan hudud maka ianya termasuk bersama-sama golongan orang yang melampaui batas.
ALAT SEBAT
Alat sebat tidaklah dalam satu jenis dan satu bentuk sahaja sebat bolehlah dijalankan dengan menggunakan rotan atau pelepah tamar atau ranting kayu ataupun hujung kain bahawa untuk menyebat peminum arak maka sudah cukup dan tercapai maksudnya dengan menggunakan hujung kain atau pelepah tamar.Sekiranya digunakan rotan dan sebagainya maka itu hendaklah sederhana ukurannya jangan terlalu muda atau terlalu tua dan tidak yang berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya supaya tidak boleh mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah. Ini kerana tujuan yang sebenar hukuman sebat bukan hendak membinasakan pesalah tetapi bertujuan mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya.
روى مالك عن زيد بن أسلم أن رجلا اعترف على نفسه بالزنى على عهد رسول الله (ص) ، فدعاله رسول الله (ص) بسوط ، فاتي بسوط مكسور ، فقال : “فوق هذا ” فاتي جديد لم تقع ثمرته ، فقال : “دون هذا” فاتي بسوط قد ركب به ولان فأمر به رسول الله (ص) فجلد ..
Maksudnya : Diriwayatkan oleh Malik dari Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.  
CARA MELAKSANAKAN SEBAT
Ketika melaksanakan hukuman sebat hendaklah dengan cara sebatan yang sederhana. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkatan ia tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut supaya sampai kepada matlamat dan tujuannya.
ANGGOTA-ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL
Pukulan hendaklah diatur supaya kena merata-merata anggota tubuh badan pesalah itu kecuali muka, kepala dan dada ditegah sama sekali  memukulnya dan tidaklah boleh disebat hanya setempat sahaja.
KEADAAN PESALAH
Ketika menjalani hukuman, pesalah lelaki dikehendaki berdiri manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk dan tidak boleh dilucutkan pakaian biasa mereka yang menutup aurat seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya. Dikecualikan pakaian-pakain yang tebal atau beralas yang boleh menghalang dari rasa sakit yang menjadi matlamat utama dan terpenting dalam hukuman sebat dan jika mereka berpakaian demikian “tebal” hendaklah diganti dengan pakaian yang nipis “sederhana”.
PESALAH MENGANDUNG
Dan jika pesalah mengandung hendaklah ditunggu sehingga melahirkan anak sama ada anak kandungan itu dari perbuatan zina atau tidak dan sembuh dari sakit beranak serta suci dari darah nifas dan tenaganya sudah pulih. Ini berdasarkan kepada hadis berikut :
عن علي رضي الله عنه أنه قال : أن امة لرسول الله (ص) زنت فامرني أن أجلدها فاذا هي حديته عهد بنفاس فخشيت ان انا جلدتها ان اقتلها فذكرت ذلك لرسول الله (ص) فقال : دعها حتى ينقطع عنها الدم ثم أقم عليها الحد
Maksudnya : Dari Sayyidina Ali RA bahawa beliau berkata : Bahawa seorang Amah ‘Hamba’ Rasulullah SAW telah berzina maka Rasulullah SAW telah mengarahkan kepadaku supaya aku jalankan hukuman sebat ke atasnya sedangkan ianya masih baru melahirkan anak, maka aku bimbang jika aku jalankan sebat ke atasnya akan membunuhnya, lalu aku beritahu keadaan itu kepada Rasulullah SAW , maka sabda Rasulullah “Biarlah dahulu dia sehingga sembuh dari sakit beranaknya kemudian boleh sesudah itu kamu jalankan hukuman ke atasnya”.
PESALAH SAKIT
Jika didapati pesalah dalam keadaan sakit dan penyakitnya ada harapan untuk sembuh maka hendaklah ditunggu sehingga dia betul-betul sembuh kerana jika dijalankan juga semasa pesalah itu sedang sakit akan bertambah berat penyakitnya dan mungkin boleh membinasakannya. Sebaliknya jika penyakitnya tidak ada harapan langsung untuk sembuh bolehlah dijalankan hukuman sebat serta-merta tanpa menunggu dan membuang masa lagi tetapi dengan satu syarat, bahawa rotan yang digunakan tidak akan membinasakannya. Oleh itu hendaklah menggunakan ranting kayu atau rotan yang kecil atau pun pelepah tamar yang kecil dan jika ukuran ini juga dibimbang akan membawa maut kepadanya maka bolehlah dikumpulkan seratus ranting kayu atau seumpamanya dan diikat dalam satu ikatan dan disebat dengannya satu kali. Cara begini pernah disuruh oleh Rasulullah SAW supaya dilakukan ke atas seseorang lelaki yang berzina yang sakit berat tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
روى من أن رسول الله (ص) امر بضرب رجل مرض حتى صنى ضربة واحدة شمراخ لانه زنى
Maksudnya : Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang sakit merana dengan satu pukulan dengan seratus mayang tamar yang diikat “seikat” kerana lelaki itu telah melakukan perbuatan zina.
Ini kerana pesalah yang sakit merana tidak mempunyai harapan untuk sembuh sama ada dibiarkan tanpa dijalankan hukuman sebat kerana penyakitnya atau dilaksanakan sepenuhnya, maka sudah pasti jika dilaksanakan sepenuhnya akan membawa maut kepadanya dan di dalam keadaan begini diambil jalan, tengah iaitu disebat satu kali dengan seratus mayang tamar seumpamanya yang diikat dengan satu ikatan sahaja.
Firman Allah : وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلاَ تَحْنَثْ
Maksudnya : Dan ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah dengannya dan janganlah engkau menyalahi sumpahmu itu. (Surah Sod : 44)
Dengan cara yang demikian adalah lebih baik dari biarkan tanpa menjalani hukuman atau dibunuh pesalah yang sakit yang tidak sampai kepada hukuman yang wajib dibunuh.
PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT DIHENTI ?
Hukuman sebat dihenti dan tidak boleh dilaksanakan apabila timbul dan berbangkit sesuatu yang boleh menggugurkan hukuman hudud iaitu :
1.       Apabila pesalah menarik balik pengakuannya sebelum dilaksanakan hukuman jika hukuman sebat kerana zina dijatuhkan berikutan pengakuannya samada pengakuannya itu dibuat secara langsung atau tidak.
2.       Apabila saksi-saksi mengubah pendirian dan menarik balik kesaksian mereka sebelum dilaksanakan hukuman samada secara beramai-ramai atau sebahagian darinya sekiranya bilangan saksi yang tinggal kurang dari empat orang.

 MASA DAN TEMPAT MELAKSANAKAN HUKUMANT
idak boleh dijalankan hukuman sebat dalam masa dan keadaan cuaca yang sangat panas atau terlalu sejuk jika dibimbang boleh membawa kebinasaan kepada pesalah dan bagi kesalahan hudud adalah dikehendaki supaya dijalankan hukuman sebat di hadapan orang-orang mukmin.
Firman Allah :وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Dan hendaklah pelaksaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur : 2)
Yang dimaksudkan dengan sekumpulan itu mengikut pendapat Mujahid “Seorang lelaki dan ke atasnya sehingga sampai kepada seribu orang.Manakala Ibnu Zaid pula berkata “Bahawa tak dapat tidak mesti dihadiri sekurang-kurangnya oleh empat orang dari kalangan orang-orang yang beriman sebagai qias dengan empat orang saksi dalam kes zina. Dan pendapat Ibnu Zaid ini adalah selaras dan sama dengan pendapat Imam Malik dan Imam Syafie.
Akhirnya dengan terlaksana hukuman sebat tercapailah kebaikan dan kepentingan umum (orang ramai) kerana Islam memandang kebaikan dan muslahat orang ramai itu lebih utama dari maslahat perseorangan dan dengan itu juga terhindarlah kerosakan , keruntuhan moral dan sebagainya dan seterusnya tercapailah kemuliaan dan kebahagian serta sentiasa mendapat Inayah, rahmat dan pertolongan Allah.
Amin.Sekian

READ MORE- Pengenalan Hukum Hudud

CATATAN POPULAR