Tuesday 9 August 2011

Penaku....



Kita membuka lembaran Permaidani Cintaku ini dengan بسم الله الرحمن الرحيم dan berdoalah kita agar apa yang terkandung di dalamnya memberi manfaat dalam kehidupan seharian, jika tidak semua, tersentuh sekumit pun sudah memadai, segalanya di sini bermulanya dengan ilmu.

Memang telah diketahui, perkara pertama selepas bayi dilahirkan ialah ingin memahami apa yang ada di sekelilingnya. ingin memahami itulah yang dinamakan ilmu. jika ilmunya ke arah kebaikan, maka kehidupan yang baik juga akan dinikmati oleh bayi itu, begitu juga sebaliknya.

Jadi tidak salah sama sekali jika diwajibkan setiap Muslim itu untuk memahami ilmu, walau di mana dan apa jua keadaan sekalipun, agar kita berada dalam landasan yang betul yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. melalui panduan dalam Al-Quran.

Seperti hadis riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la - Daripada Anas bin Malik r.a. Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim".

Dengan ilmu yang dipelajari itulah baru hadirnya pengetahuan tentang melakukan amal ibadah yang lainnya. Bagaimana mungkin seseorang itu dapat beribadah sekiranya dia tidak mempelajari cara yang betul dalam beribadah?

Dalam satu hadis riwayat al-Hakim - Daripada Sa'ad bin Abu Waqas r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak."

Demikianlah juga andainya seseorang itu ingin melakukan amal kebaikan yang lain. Sertailah amal itu dengan ilmu, dengan ilmu kita dapat merasai keikhlasan. jika tidak, amal kebaikan itu terbang melayang jauh entah ke mana.

Harapan saya - Ikhlas memberi, ikhlas membaca, ikhlas memahami, ikhlas menyampaikan...insyaALLAH, kita akan dapat nikmat kemanisan ilmu... :-) Taqabbalallahu minna wa minkum...


Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat (perbincangan) hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.


Memberikan hujjah kepada si jahil adalah mudah, pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujjah tersebut.


Jadikanlah umur ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja. maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.


Orang yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.


Menanggung kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan kerana sabar kemiskinan adalah sifat redha dengan apa yang ada manakala sabar menghadapi kehinaan adalah suatu kelemahan.


Hendaklah engkau memuji sesiapa yang bertindak kasar (tidak beradab sopan) denganmu dan menyatakan kesalahanmu, dan janganlah engkau memuji sesiapa yang menyatakan kebaikanmu dan yang memujuk rayumu (pengampu)


Pilihlah untuk menjadi mereka yang kalah sedang engkau adalah seorang yanng adil, dan janganlah engkau pilih untuk menjadi pemenang sedang engkau adalah zalim.


Orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia lupa dan apabila dia bercakap maka dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan keburukan tersebut.

No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR