Sampai suatu masa, Yaman diperintahkan oleh seorang yang berketurunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Pada masa itu, ada seorang rahib Kristian dari Syam bernama Ferneon. Dia keluar dari Syam untuk berdakwah di Afrika. Dalam perjalanan, dia diserang oleh perompak lalu ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Najran. Kemudian, tuannya berpindah ke Semenanjung Arab. Ferneon menjadi hamba lelaki Najran itu. Di samping berkhidmat kepada tuannya, dia juga beribadah pada waktu rehat dan sangat kuat berpegang pada agamanya.
Pada suatu malam, tuannya masuk ke tempat Ferneon. Dia mendapati tempat Ferneon bercahaya. Tuannya bertanya apa rahsianya yang menyebabkan begitu? Ferneon lalu mengambil peluang berdakwah kepada tuannya berkaitan dengan agama Kristian kerana orang Najran pada masa itu menyembah pokok.
Ferneon berkata kepada tuannya, "Bagaimana kalau Tuhan saya dapat mengalahkan Tuhan tuan, Adakah tuan mahu menyembah Tuhan saya?"
Najran berkata, "Kalau memang Tuhan kamu dapat mengalahkan Tuhan aku, Aku masuk agama kamu."
Dikumpulkan orang ramai di tempat pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Ferneon datang ke situ bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan supaya memberi pertunjuk kepada orang-orang Najran berhubung dengan agama yang benar, Akhirnya, kilat membakar pokok itu, Dengan peristiwa itu, semua orang Najran masuk agama kristian.
Selepas itu, ada seorang lelaki dari Najran yang bernama Abdullah bin Thabit dengan beberapa orang pendeta Kristian dari Najran berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut pada orang-orang Yahudi Yaman. Pada masa itu, Yaman masih diperintahkan oleh Tubba yang bernama Zu Nuwas. Zu Nuwas pula sedang mencari pengganti ahli sihirnya yang sudah tua. Dia memilih seorang remaja yang paling cerdik di negerinya bagi mewarisi ilmu sihir daripada tukang sihir diraja.
Setiap hari remaja itu pergi belajar sihir daripada tukang sihir diraja yang tinggal di bukit. Dalam perjalanan ke tempat gurunya, remaja itu melalui tempat salah seorang rahib dari Najran tadi. Di situ, dia dapat mendengar rintihan rahib ini dalam ibadahnya. Akhirnya, dia jatuh hati kepada rintihan dan doa rahib ini dan mula masuk belajar dengan rahib ini.
Pada masa yang sama, dia juga belajar ilmu sihir daripada tukang sihir diraja tadi. Lama-kelamaan, dia merasa benci dengan sihir dan tidak pergi belajar lagi dengan tukang sihir diraja. Dia hanya pergi belajar dengan rahib tadi. Tukang sihir membuat laporan kepada raja. Raja menangkap remaja itu, diazab dan dipaksa keluar daripada agama yang dipelajari daripada rahib.
Raja Zu Nuwas atau Tubba Zu Nuwas memerintahkan remaja ini dibunuh. Pengawal raja membawanya untuk dicampakkan ke tengah laut, Apabila sampai di tengah laut, ribut datang melanda, menyebabkan sampan terbalik dan semua pengawal raja mati. Remaja ini pulang menghadap raja dengan selamat.
Raja memerintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula, semua rakyat menyaksikan peristiwa ini. Apabila tentera raja mahu mencampakkan remaja ini dari atas gunung, berlaku gempa bumi. Semua tentera raja yang membawa remaja ini jatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat. Pelbagai cara digunakan oleh Tubba Zu Nuwas bagi menghapuskan remaja beriman ini tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, remaja ini memberitahu Tubba, "Wahai Tubba Zu Nuwas, kalau tuanku mahu membunuh saya, hendaklah tuanku mengumpulkan semua rakyat dan ikat saya pada pokok, kemudian ambil panah ini dan panahlah saya dengan menyebut, "Dengan nama Tuhan remaja ini". Kalau tuanku laksanakan apa yang saya katakan ini baru tuanku dapat membunuh saya."
Apabila Zu Nuwas melaksanakan seperti yang disebut oleh remaja yang beriman ini barulah dia berjaya membunuhnya.
Semua rakyat yang menyaksikan peristiwa itu berkata, "Bagaimanakah Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja ini melainkan dengan menyebut, "Dengan nama Tuhan remaja ini!."
Dengan peristiwa itu, Tuhan campakkan iman ke dalam hati 20,000 rakyat Yaman pada masa itu. Mereka semua beriman dengan agama yang benar. Tubba Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu, akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar. Di dalam Al-Quran di sebut al-Ukhdud. Dipenuhkan kayu api di dalamnya, kemudian dinyalakan api yang besar. Siapa yang tidak mahu murtad daripada agama yang benar dicampakkan dalam api itu. Peristiwa ini disebut di dalam Al-Quran dalam surah al-Buruj.
Perkara ini juga ada diceritakan dalam dalam hadis. Muhammad berkata. "Daripada ramai-ramai yang menunggu giliran dibakar, ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Dia merasa takut dan teragak-agak, juga merasa kasihan ke atas anaknya yang masih kecil untuk dibakar dalam api tubba. Bayinya bercakap kepada ibunya, "Wahai ibu, jangan takut, terjun sajalah ke dalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke syurga'."
20,000 orang itu dibakar kerana mereka beriman kepada Tuhan Yang Esa. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak menentang raja. Tetapi oleh kerana mereka beriman, tubba membakar mereka semua. Terdapat seorang lelaki yang terselamat yang bernama Daus bin Tha'labah. Dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada Kaisar atau Raja Rom yang juga beragama Kristian.
Kaisar sangat marah apabila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Kristian di Yaman, lalu mengirim wakilnya kepada Najasyi Raja Habsyah, iaitu raja Kristian yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba Raja Yaman itu.Najasyi yang juga sangat marah mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tenteranya seramai 70,000, suatu jumlah tentera yang sangat besar pada masa itu dan belum pernah berlaku lagi di Semenanjung Arab. Tentera ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryat. Dalam barisan panglima tentera itu, ada panglima yang bernama Abrahah.
Apabila berlaku peperangan antara tentera Aryat dan tentera Tubba Zu Nuwas, tentera tubba kalah, Zu Nuwas melarikan diri dan masuk ke dalam laut dan membunuh diri. Oleh itu, orang Habsyah menguasai Yaman dan Najasyi melantik Aryat menjadi gabenornya di Yaman. Apabila Aryat menjadi gabenor, dia mula menzalimi rakyat Yaman serta tentera-tenteranya sendiri. Akhirnya, tenteranya yang tidak tahan dengan sikap Aryat memberontak di bawah pimpinan Abrahah.
Pertelingkahan berlaku dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryat dan satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tidak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryat bertarung satu lawan satu. Siapa yang menang, dia berhak memerintah Yaman.
Dalam pertarungan itu, Abrahah berjaya membunuh Aryat. Tetapi sebelum Aryat terbunuh, dia sempat menebas hidung Abrahah lalu terserpihlah hidung Abrahah. Oleh itu, Abrahah digelar Abrahah al-Asyram atau Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu, Abrahah memerintah Yaman sebagai raja.
Apabila berita ini sampai kepada Najasyi, beliau murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenor yang dilantik olehnya. Najasyi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tidak akan kembali ke Habsyah melainkan selepas dapat memijak-mijak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai tanda penghinaan kepadanya.
Abrahah takut, dia tidak berani melawan Najasyi. Dengan kepintarannya, dia menghantar utusannya menghadap Najasyi. Dia menghantar bersama utusan ini rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najasyi, "Wahai Tuanku Najasyi, ini Abrahah sudah menyempurnakan sumpah tuanku, ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada tuanku." Dengan itu Najasyi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesai masalah Abrahah dengan Najasyi.
*Ambillah manfaat dari kisah ini, insyaALLAH, akan di sambung dengan kisah seterusnya....insyaALLAH... senyum sokmo deh...:-)
Friday, 12 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Di dalam cabang ilmu bahasa arab,ada satu ilmu yang sangat penting untuk kita pelajari iaitu ilmu nahu.Lalu kita akan bertanya,apakah nahu i...
-
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ Sekadar Peringatan Buat diri yang hina lagi faqir dan buat sahabat-sahabat yan...
-
"Genggamlah dengan erat hati, pegangan tauhid yang hakiki...." Assalamualaikum w.h.b.. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke...
-
bila izrail datang hampiri tinggallah harta emas dan perak nafas terhenti lemah lah diri jasad terbaring tidak bergerak tiada lagi tema...
-
Selamat berjuang sahabatku.. Semoga Allah memberkatimu, k enangan indah bersamamu t akkan kubiar ia berlalu, b erjuanglah hingga ke akhi...
-
Hari ini aku kembali ke Madrasah untuk meneruskan pembelajaranku, umur anak-anak muridku dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun, aku mengajar ...
-
Sahabatku, Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan k...
-
Lafaz 'ISTAWA ' ini adalah termasuk dlm ayat yg mutasyabih ... Maka para ulama yg m'punyai keahlian dlm ilmu tafsir samada da...
-
Assalamualaikum sahabat2... jom kita lihat bagaimana pendebat Ahmad Deedat dengan non-muslim... lihat kebenarannya.... insyaALLAH... sama2 k...
-
(sambungan dari artikel Ibrahim membina bangunan Kaabah , ana asing2kan tajuk2 ini supaya rakan2 mudah mencari tajuk yang ingin dibaca) ...
assalamualaikum ukhti,dari mana sumber nya kisah ini.harap tolong jelaskan rujukannya
ReplyDeleteKisah ni ada disebut dalam hadis bukhari dan juga surah al buruj.. Wallahualam.
ReplyDeleteAdakah agama kristian yg dimaksudkan agama yg menyembah Allah ya?
ReplyDeleteAdakah agama kristian yg dimaksudkan agama yg menyembah Allah ya?
ReplyDelete