Friday 28 December 2012

Kepergianmu...


Setahun lebih pemergiannya,

Sehingga kini ku masih terasa kehilangannya,

Dia benar-benar menjadi sumber inspirasiku,

Dikala aku dihimpit dengan kegagalan dalam peperiksaan,

Kau bakar semangatku suapaya aku bangkit,

Mengecap impian yang aku mahu,

Impian yang abah dan umi harapkan,

Juga impianmu untuk melihat aku Berjaya..


Namun, tarikh berdarah setahun yang lalu,

Menghantui diriku lagi,

Tarikh yang sama mala mini menjadi noktah kasih saying kita berdua,

Kamu pergi meninggalkan aku di saat aku benar-benar memerlukanmu di sini,

Kala aku berada dalam krisis keluarga,

Kamu pergi meninggalkanku sendiri..


Kasih sayangmu sepanjang perkenalan kita,

Benar-benar mengubah diriku sebenarnya,

Suapaya aku menjadi insane yang berguna,

Aku doakan kamu tenang di sana..

T_T
READ MORE- Kepergianmu...

Saturday 3 November 2012

~man jadda wajada wa man zaro'a hasoda-


Jam sekarang menunjukkan 4.42 a.m (waktu malaysia) tetapi mata tak dapat dilelapkan, Terkenang satu ketika dahulu, kejayaan dicapai tanpa disangka-sangka, saya masih ingat! 

USAHA TANGGA KEJAYAAN, itulah ungkapan yang menjadi pemangkin semangat buat kami, siapa sangka, percubaan kali pertama saya dan Abd Rahman Nordin (Sahabat saya) telah berjaya membuahkan kejayaan apabila produk rekaan kami yang diberi nama Smart Roller telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Pereka Muda Malaysia tahun 2008, dengan kemenangan ini kami layak menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,000 bersama-sama trofi dan sijil penyertaan serta lawatan ke sekolah studio reka bentuk di luar negara.

Ya, menjuarai pertandingan ini merupakan kejayaan yang amat manis buat kami, kami berjaya membuktikan kepada anak melayu juga berkebolehan membuktikan kepakaran dalam bidang reka cipta, kemenangan ini merupakan satu peluang keemasan dan kami berasa gembira dapat memanfaatkan peluang terebut dengan kejayaan yang membanggakan. Walaupun kami telah menghabiskan masa berbulan-bulan menyediakan kertas kerja untuk reka cipta ini, namun keseluruhannya pengalaman yang kami timba sangat menyeronokkan.

Kami menghabiskan masa kira-kira dua bulan untuk menghasilkan reka bentuk produk yang akan dihantar untuk bersaing ke pertandingan tersebut. Pertandingan Pereka Muda Malaysia Merupakan pertandingan reka bentuk yang dibahagikan kepada kategori profesional, senior dan junior. Pemenang di tempat kedua pula ialah Neal Izham Sharifudin dan Yussaiful Mohd Yusuf dengan produk rekaan mereka - Instant Seeding, sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Hamidi Adha Mohd Amin dan Mohd Hanif Haris Lim dengan rekaan produk mereka Smart Hand.

Bersama-sama guru pengiring dan orang kuat Majlis Rekabentuk Malaysia :D

Alhamdulillah, kami bertawakal kepada Yang Maha Pengasih, sesungguhnya kami mendapat keberuntungan terdapat pada orang-orang yang bertawakal. ‎''Astgfrullah rabbalbaroyaa.. Astgfrullah minnalkhotoyaa.. 

Senyum dan Selawat :D
READ MORE- ~man jadda wajada wa man zaro'a hasoda-

Friday 2 November 2012

Tumpukan Dirimu Dengan Apa Yang Ada Sekarang!



Assalamualaikum sahabat-sahabat budiman sekalian....


Gelapnya malam pasti akan tersingkap
Maka janganlah engkau takut
Sebentar lagi fajar akan muncul
Dengan perhiasannya yang cerah

Usahlah kita bersedih dan sesali dengan apa yang berlaku sebelum ini, teruskanlah kehidupan yang kita hadapi sekarang, jadikanlah masa yang kita tempuhi dan bakal tempuhi sebagai perjalanan terbaik untuk kita. Ya, setiap manusia pasti diuji, bukan sahabat-sahabat sahaja, ana pun sama..

Tiada gunanya menampar pipi dan merobek-robek poket baju sebagai ungkapan kecewa ketika kehilangan apa yang kita cintai? Tiada gunanya mengingati kembali peristiwa yang telah ditelan zaman yang pada akhirnya akan menambah parah lagi kesedihannya dan makin menyeksa kalbunya.

Seandainya tangan kita boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, boleh mengubah apa yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita senangi, maka kita harus kembali kepada masa lalu dan kita mungkin akan merebut menjemputnya. Kemudian kita mengharap segala perkara yang kita sesali dan melipatgandakan kebaikan kita yang masih kurang. Namun, sesungguhnya perkara itu menjadi mustahil, maka yang terbaik bagi kita adalah memulai hari-hari dan malam-malam yang baru kerana di dalamnya kita dapat mengganti yang telah lampau.

Berikut ini apa yang diingatkan oleh Al-Quran sesudah peristiwa perang Uhud dan ditujukan kepada mereka yang menangisi para syuhada yang telah gugur serta menyesali diri mereka kerana ikut serta ke medan peperangan.

“….Katakanlah (wahai Muhammad)”Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing….” (Surah Ali-imran Ayat 154)

Dalam surah Al-Baqarah Ayat 216 pula, Allah telah menjelaskan kepada kita, Behind everything that occurs whether good or bad there is wisdom, setiap perkara baik dan buruk yang berlaku ada hikmahnya, boleh jadi sesuatu yang dibenci itu ada kebaikannya, dan kemungkinan sesuatu yang disukai itu ada keburukannya. Semua itu dalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh manusia.sesungguhnya antara sifat-sifat mulia seseorang yang beriman ialah ia sentiasa meletakkan harapan dan penyerahan dirinya kepada Allah secara mutlak, the Almighty, as Allah, the All-Knowing, the All-Wise is the one who determines the good and bad.

insyaAllah, senyum selalu dan selawat =)
READ MORE- Tumpukan Dirimu Dengan Apa Yang Ada Sekarang!

Thursday 1 November 2012

Sabarlah, ENGKAU Akan Berjaya!




Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Sabar...Sabar...Sabar...

Senang sekali untuk diungkapkan tetapi tak ramai yang mampu bertahan dengan ujian......

Sama-sama kita rujuk dalam surah Yunus ayat 22 :



Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita memang menjadi sifat manusia, apabila menikmati kesenangan mudah lupa diri dan tidak bersyukur. Tetapi apabila ditimpa kesusahan mereka akan cepat kembali kepada Allah, mengingatiNYA dan memohon dijauhi kesusahan tersebut. Sesungguhnya yang demikian itu bukanlah sifat sejati orang-orang yang beriman. 

Bersabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup, kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan.

Jom kita berkongsi cerita :

Telah diriwayatkan dari Ummu Rabi’ Binti Barra, ibunya Harithah bin Suraqah yang gugur dalam perang badar bahawa dia datang kepada Rasullullah SAW ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang mati syahid untuk menyejukkan hatinya. Dia bertanya “Wahai Rasullullah, mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya.” Rasullullah SAW menjawab “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya di dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yang tertinggi di dalam syurga Firdaus.”

Kehilangan anak merupakan sesuatu yang luar biasa yang merobek-robek hati dan menggetarkan dada. Wanita itu bertanya kepada Rasullullah SAW, bahawa jika anaknya berada di syurga, maka dia akan berjumpa kembali dengan izin Allah. Kesabarannya atas perpisahannya dengan anaknya mengangkat darjatnya dan anaknya di syurga. Jika keadaan sebaliknya, maka akan membuatnya menangis semahu-mahunya kerana berpisah dengan anak yang dikasihinya. Sesungguhnya seperti itulah keadaan seseorang ibu yang ditinggal mati oleh anaknya. Dialah seorang ibu yang sangat pengasih, penyayang, lembut, sabar dan selalu mengharap balasan daripada Allah semata-mata.

Therefore, let us remember Allah the Almighty at all times and may Allah place us among His devoted and grateful slaves. Bersabarlah jika diuji...

READ MORE- Sabarlah, ENGKAU Akan Berjaya!

Wednesday 31 October 2012

Wanita-wanita Hebat (Pencetus semangat buat diri)


Assalamualaikum semua sahabat budiman, sudah lama kita tidak berkongsi di wall blog ini bukan? alright...

Kisah yang dikongsi dalam kuliah hari ini kepada pelajar Hafizah berkenaan dengan wanita-wanita yang menjadi lambang kekuatan kepada kita semua.

Wanita-wanita hebat ini yang menjadi pencetus semangat buat diri ini untuk meneruskan perjuangan.

Akan datang kepadamu pertolongan saat putus asa sebagai anugerah dari Yang Maha Lembut lagi Maha Memperkenankan doa.

Jadilah seperti seorang wanita tua yang kuat di hadapan Gabenor Al-Hajjaj dengan keyakinan kepada Tuhannya. Saat anaknya dipenjara oleh Al-Hajjaj, Gabenor bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya akan dibunuh dihadapannya. Namun, wanita tua itu tetap yakin, teguh, berani dan dengan lantang menjawab “ Sekalipun engkau tidak membunuhnya dia akan pasti mati juga”.

Jadilah engkau seperti seorang perempuan Parsi yang sangat tawakal kepada Allah ketika kehilangan kandang ayamnya. Dia memandang langit dan berdoa “Ya Allah, Jagalah kandang ayamku, kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik penjaga”.

Jadilah diri anda seperti Asma’, puteri Abu Bakar, dalam kekuatannya setelah melihat anak lelakinya, Abdullah Bin Zubair, terbunuh dalam keadaan terpancang di tiang salib, lalu dia mengucapkan kata-katanya yang terkenal itu “Sekarang sudah saatnya bagi penunggang kuda yang berani ini untuk beristirehat dengan tenang”.

Jadilah seperti Khansa’ yang menyerahkan empat anaknya di jalan Allah, ketika mereka terbunuh syahid dia berkata “ Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan syahidnya mereka di jalan Allah”

Perhatikanlah wanita-wanita tersebut, sejarah mereka yang mulia, yang sarat dengan kemuliaan. Kita tak mampu menjadi sehebat mereka tetapi kita mampu mencontohi mereka... insyaAllah... Waffaqanaa-Llaahu ilaa maa yuhibbuhu wa yardlaah


READ MORE- Wanita-wanita Hebat (Pencetus semangat buat diri)

CATATAN POPULAR