Thursday 1 November 2012

Sabarlah, ENGKAU Akan Berjaya!




Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Sabar...Sabar...Sabar...

Senang sekali untuk diungkapkan tetapi tak ramai yang mampu bertahan dengan ujian......

Sama-sama kita rujuk dalam surah Yunus ayat 22 :



Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita memang menjadi sifat manusia, apabila menikmati kesenangan mudah lupa diri dan tidak bersyukur. Tetapi apabila ditimpa kesusahan mereka akan cepat kembali kepada Allah, mengingatiNYA dan memohon dijauhi kesusahan tersebut. Sesungguhnya yang demikian itu bukanlah sifat sejati orang-orang yang beriman. 

Bersabarlah menghadapi manis dan pahitnya hidup, kerana kebiasaannya sabar akan mendekatkan kepada kebijaksanaan.

Jom kita berkongsi cerita :

Telah diriwayatkan dari Ummu Rabi’ Binti Barra, ibunya Harithah bin Suraqah yang gugur dalam perang badar bahawa dia datang kepada Rasullullah SAW ingin mendengar dari beliau perihal keadaan anaknya yang mati syahid untuk menyejukkan hatinya. Dia bertanya “Wahai Rasullullah, mahukah engkau ceritakan kepadaku perihal nasib Harithah? Jika dia berada di dalam syurga, maka aku bersabar dan jika selain itu, maka aku akan menangisinya sekuat-kuatnya.” Rasullullah SAW menjawab “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya di dalam syurga terdapat banyak taman dan sesungguhnya anakmu mendapat tempat yang tertinggi di dalam syurga Firdaus.”

Kehilangan anak merupakan sesuatu yang luar biasa yang merobek-robek hati dan menggetarkan dada. Wanita itu bertanya kepada Rasullullah SAW, bahawa jika anaknya berada di syurga, maka dia akan berjumpa kembali dengan izin Allah. Kesabarannya atas perpisahannya dengan anaknya mengangkat darjatnya dan anaknya di syurga. Jika keadaan sebaliknya, maka akan membuatnya menangis semahu-mahunya kerana berpisah dengan anak yang dikasihinya. Sesungguhnya seperti itulah keadaan seseorang ibu yang ditinggal mati oleh anaknya. Dialah seorang ibu yang sangat pengasih, penyayang, lembut, sabar dan selalu mengharap balasan daripada Allah semata-mata.

Therefore, let us remember Allah the Almighty at all times and may Allah place us among His devoted and grateful slaves. Bersabarlah jika diuji...

No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR