Friday, 23 December 2011
Air kopi Dan Donut (Transit Hidup)
Assalamualaikum teman-teman seperjuangan, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Allah masih mengizinkan saya untuk terus melihat dunia ini dan terus meng'update' blog ini untuk perkongsian bersama, Alhamdulillah dan bersyukur juga hari ini kerana telah berlaku satu peristiwa yang amat bermakna dalam hidup saya dimana mungkin pembaca-pembaca dan teman-teman serta orang lain tidak pernah merasai apa yang saya rasai hari ini, tapi bukan peristiwa tersebut yang ingin saya kongsi, biarlah peristiwa ini terus berada dalam sanubari ini dan biarlah Allah sahaja yang menilai segalanya....
Teringat kata-kata seorang sahabat seperjuangan saya yang sebelum ini selalu berkongsi bersama-sama beberapa perkongsian serta selalu membantu dan memberi nasihat kepada saya tentang permasalahan yang saya hadapi, katanya "hidup ini di ibaratkan seperti air Kopi dan kuih Donut". Kenapa dengan air Kopi dan kuih donut? apa yang tersirat dan tersurat? jom kita berkongsi bersama, Selalunya bila ke kedai atau warung, bila air kopi diorder, air kopi tersebut di hantar kepada pelanggan dalam keadaan susu atau gula dan air kopi belum bercampur, maksudnya di sini adalah, air kopi belum dibancuh atau dikacau dengan susu yang berada dibawah iaitu di permukaan gelas atau cawan.
Baik, air Kopi. jika seseorang minum air kopi tanpa membancuh atau kacau susu dengan air kopi tersebut, sudah semestinya pada mulanya akan terasa kopi itu pahit dan akhirnya terasa terlalu manis kerana susu atau gula masih berkumpul dibawahnya yang belum dikacau, apa kata jika air kopi tersebut dibancuh dan dikacau dengan susu atau gula serta dicicah pula dengan donut, apa rasanya, lazat bukan? Kuih donut ibarat roda kehidupan, hidup kita tidak akan sentiasa berada di atas dan tidak sentiasa di bawah. Begitulah ibarat hidup kita, hidup kita tidak sentiasa berada dalam keadaan senang dan bahagia atau sebaliknya kerana tanpa kesusahan dan ujian dariNYA kita takkan pernah merasai kesusahan dan nikmat menghadapi sesuatu ujian itu.\
Saya mahu bertanya kepada pembaca budiman sekalian,yang mana lebih lazat, adakah air kopi yang dibancuh dengan susu/gula atau air kopi yang tidak dibancuh dengan susu/gula tersebut? Sudah tentu yang telah dibancuh bukan? Air kopi yang dibancuh dengan susu atau gula lebih lazat dibandingkan dengan kopi yang tidak dibancuh dan dikacau, makna disebalik air kopi dan susu/gula tersebut adalah ibarat kesusahan dan kesenangan dalam hidup manusia, manusia akan merasai nikmat hidup apabila kesenangan hidup disertai dengan ujian dariNYA. ingatlah, setiap kesulitan ada kesudahannya dan kemanisannya, Allah tidak akan menguji hambaNYA tanpa kemampuan seseorang hamba. Allah menguji seseorang hamba tanda kasih sayang Allah kepada kita, Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala seseuatu....
Kehidupan anugerah yang terulung bagi yang bergelar insan,
Harus dibajai dengan teras keluhuran keimanan,
Disemai dengan kejayaan menghiasi perjalanan,
Al-Quran dan sabda Rasullullah menjadi pedoman pendinding diri.
Adakalanya mencengkam diri tatkala alpa,
hampir meretakkan benteng ketabahan,
Bermula remaja bertatih menaiki tangga dewasa,
Dilangkah berhati-hati agar tidak silap menapak,
Merealisasikan impian menjadi realiti adalah suatu janji.
Pertemuan dan perpisahan adat suatu perhubungan,
Mengajar manusia erti suatu kesedihan dan kesedaran,
Wayang dunia menjadi peraturan bagi mereka
yang bersifat materialistik,
Mana yang bijak memutar belit gah berdiri,
Diperalatkan atau memperalatkan menjadi suatu rutin.
Tiada yang kekal di dunia, sentiasa berubah mengikut arus masa,
Yang muda tidak selamanya muda,
Bagi mereka yang sedar bekal tega di dada,
Yang tergelincir landasan, hanya berserah menanti pembalasan,
DIA yang lebih mengetahui segalanya...
Wallahua'lam...
Setakat di sini dulu perkongsian kali ini, jika ada salah dan silap harap ditegur insan yang jahil ini....terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca perkongsian ini....Alhamdulillah...sampai berjumpa lagi di lain perkongsian, semoga bermanfaat....senyumlah selalu wahai insan, kerana senyuman itu antara penawar bagi kesedihan dan kedukaan... (^__^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Di dalam cabang ilmu bahasa arab,ada satu ilmu yang sangat penting untuk kita pelajari iaitu ilmu nahu.Lalu kita akan bertanya,apakah nahu i...
-
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ Sekadar Peringatan Buat diri yang hina lagi faqir dan buat sahabat-sahabat yan...
-
"Genggamlah dengan erat hati, pegangan tauhid yang hakiki...." Assalamualaikum w.h.b.. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke...
-
bila izrail datang hampiri tinggallah harta emas dan perak nafas terhenti lemah lah diri jasad terbaring tidak bergerak tiada lagi tema...
-
Selamat berjuang sahabatku.. Semoga Allah memberkatimu, k enangan indah bersamamu t akkan kubiar ia berlalu, b erjuanglah hingga ke akhi...
-
Hari ini aku kembali ke Madrasah untuk meneruskan pembelajaranku, umur anak-anak muridku dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun, aku mengajar ...
-
Sahabatku, Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan k...
-
Lafaz 'ISTAWA ' ini adalah termasuk dlm ayat yg mutasyabih ... Maka para ulama yg m'punyai keahlian dlm ilmu tafsir samada da...
-
Assalamualaikum sahabat2... jom kita lihat bagaimana pendebat Ahmad Deedat dengan non-muslim... lihat kebenarannya.... insyaALLAH... sama2 k...
-
(sambungan dari artikel Ibrahim membina bangunan Kaabah , ana asing2kan tajuk2 ini supaya rakan2 mudah mencari tajuk yang ingin dibaca) ...
No comments:
Post a Comment