Friday 6 April 2012

Kenapa dengan aku? Muhasabahlah diri...



Allah...Allah...Allah...

Bantulah aku Ya Allah... bantulah aku untuk menghadapi ujian dan mehnahmu Ya Allah... aku tidak mahu dengan ujian yang menimpaku sekarang membuatkan aku semakin lupa padaMU, semakin jauh dariMU, semakin alpa, semakin leka, semakin membuatkan aku semakin tersungkur dan jatuh... Ya Allah, bimbinglah aku kembali...

5 hari lagi aku akan menghadapi pertandingan yang cukup besar, iaitu pertandingan Pidato dan Tarrannum bersama pelajar-pelajar Madrasah, tapi aku hairan dengan keadaan diriku sekarang, aku menyedarinya setelah ditegur oleh beberapa orang ustazah ketika meminta mereka mendengar alunan tarranum  dariku melalui "skype" menggunakan webcam... sedihnya pada diri sendiri, Adakah aku berubah? aku tidak seperti dulu? apa puncanya? Allah...

Nasihat-nasihat dan kritikan-kritikan yang diberikan kepadaku oleh ustazah-ustazah membuatkan aku terus bermuhasabah, diri ini penuh dengan dosa, penuh dengan kelemahan, aku hanya mampu berdoa kepadaNYA, meminta kepadaNYA untuk aku terus bangun dan gagah menghadapi semua ini...setelah aku mengalunkan tarranum yang didengar oleh 3 orang ustazah yang paling akrab denganku, aku melihat reaksi pada wajah mereka, mereka kecewa dengan aku...mereka berkata :

Ustazah (syarifah) : Nadirah.. kenapa dengan kamu ni? kamu ada masalah ke? ermm, bacaan kamu dah ok, tajwid pun ok, tapi apa yang ustazah lihat, kamu tidak bersemangat, bacaan kamu tidak seperti sebelumnya, sebelum ni kamu bersemangat, kamu seorang yang periang, tapi kenapa sekarang kamu jadi pendiam? ustazah rindukan gelak tawamu nadirah, tingkatkan prestasi dalam pembelajaranmu nadirah... kalau ada masalah, bagitahu ustazah...ustazah harapkan kamu jadi lebih baik dari sebelum ini, kamu lah harapan kami nadirah...sesungguhnya hidup ini adalah rangkaian ujian yang tiada hentinya..bangkitlah dari kelesuan yang menyelubungi hatimu...

Ustazah (jamilah) pula bersuara : Nadirah, ustazah hairan dengan kamu sejak kebelakangan ini, kamu bukan seperti dulu, ustazah tahu kamu ada masalah tapi janganlah pendam, bagitahu kami.. cuma tentang bacaan kamu tadi, ustazah sedikit kecewa sebab semangat yang ada pada nadirah dulu sedikit pudar, bacaan tidak semantap dulu, nadirah satu-satunya anak murid yang ustazah kagumi, ustazah harap nadirah teruskan usaha dakwah seperti sebelum ini, ingat nadirah, Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup kita akan dilalui dengan mudah tanpa ujian, namun Allah berjanji bahawa Dia akan bersamamu ketika kamu ditimpa kesusahan dan disepanjang jalan kehidupan..walau apa pun kekurangan kita, Allah tetap sayang kita, Allah tengok hati kita, Allah tak tengok siapa kita, kalau kita sayang Allah, Allah pun sayang kita... ingat tu nadirah.. sabar hadapi ujian Allah ya...

Ustazah (Sabariah) : apa yang ustazah syarifah dan jamilah cakap tu terlintas juga dalam fikiran ustazah, cuma ustazah minta dengan nadirah, kuatkan semangat, teruskan berlatih, jangan putus asa...lepas ini ustazah nak tengok nadirah berjaya dalam pertandingan nanti, tingkat usaha, berlatih dan terus berlatih, ustazah nak tengok nadirah bersemangat seperti dulu, petah bercakap seperti dulu.. ustazah harapkan nadirah seorang je sekarang ni.. apa pun ustazah doakan nadirah berjaya, bacaan tadi dah bagus tapi semangat tu tak ada...

Aku terus tunduk di depan webcam yang bersiaran langsung di depan ustazah-ustazah, aku malu... beberapa saat selepas itu, aku bersuara, aku memberitahu ustazah syarifah, ustazah jamilah, ustazah Sabariah : Ustazah, saya mohon maaf dari ustazah, saya tidak mampu jadi anak murid ustazah yang baik, tak mampu jadi yang terbaik untuk semua sepertimana ustazah harapkan, saya mencuba ustazah, saya cuba untuk kuat, saya cuba untuk menjadi hambaNYA yang terbaik, tapi ana perlukan semangat ustazah, semangat dari sahabat-sahabat, semangat dari keluarga, semangat dari ustazah-ustazah, dan anak-anak murid semua, ana tahu ana tidak lah sempurna seperti insan lain tapi ana terus mencuba ustazah, ana cuba semampunya ustazah untuk menghadapi ujian dan dugaan ini, ana perlukan pendorong untuk terus bangun...maafkan ana ustazah, doakan ana, ana perlukan doa dari ustazah dan kawan-kawan supaya ana terus kuat dan tabah hadapi semua ini...

Ustazah syarifah pun bersuara sambil menangis,: kami sayang padamu nadirah... ustazah sayangkan kamu seperti mana ustazah sayang anak-anak ustazah, ustazah doakan yang terbaik buat kamu..

Ustazah Sabariah dan ustazah Jamilah juga turut menangis.. aku tidak sanggup melihat air mata mereka tumpah, apalagi air mata itu kerana aku.. aku tahu air mata yang mengalir dari pipi mereka itu adalah air mata yang penuh dengan harapan supaya aku menjadi lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah ustazah, ana akan usahakan... setelah selesai kami ber"webcam".. aku mendapat meseg dari ustazah syarifah, ustazah jamilah, ustazah Sabariah melalui handphone ku :



from : ustazah syarifah :
Nadirah, memang benar, sekarang sudah tidak ada wanita solehah setegar Siti Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah kerana mereka adalah orang-orang terpilih oleh Allah SWT dan dijanjikan syurga, namun insyaAllah sekarang masih ada wanita akhir zaman yang ingin belajar berusaha menjadi wanita solehah yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti fatimah dengan menjadikan mereka sebagai teladan, insyaAllah, wanita itu adalah kamu Nadirah..

from : ustazah Jamilah :
Salam, ustazah harap nadirah sabar, sentiasalah yakin yang sebenarnya tiada yang berkuasa melainkan Allah, tiada yang mampu memberi manfaat dan mudarat melainkan Allah, tiada yang menghidupkan dan mematikan melainkan Allah, tiada yang memberi rezeki, memberi sakit, menyembuhkan melainkan Allah... Ustazah sayang kamu nadirah...

from : ustazah Sabariah :
Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang sentiasa berada disisimu ketika susah dan senang, dan sanggup mengorbankan dirinya walaupun dirinya berada dalam kesusahan.. kamu lah harapan kami nadirah.. semoga berjaya... salam sayang dari ustazah (U.Sabariah)

Setelah membaca meseg-meseg dari ustazah-ustazah, air mata mengalir laju, besarnya harapan mereka kepadaku.. aku harus bagun, kuatkan semangat dan tekad, aku harus sabar, tidak boleh tersungkur.. ya... tidak boleh, aku akan buktikan kepada mereka diluar sana, aku boleh lakukan.. insyaAllah.. terima kasih ustazah atas nasihat dan sokongan... ana akan buktikan kepada ustazah bahawa ana boleh lakukannya...

Kata-kata semangat buat diri : Teruslah berbuat baik, memberi nasihat yang baik walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain, jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuatkan kita terus hidup menjelang akhir hayat..

Nasihat buat diri dan sahabat-sahabat yang disayangi Allah...
Saat kita dihimpit kesusahan hidup, kesedihan, kehilangan, kecewa dan sakit hati, kadang tanpa sedar kita bertanya,:"Mengapa harus aku,YA Allah?", padahal kita tidak tahu bahawa Allah sedang menguji kita, yang jika kita sabar dan bersyukur dalam situasi itu, maka Allah sudah pasti menyiapkan jalan dan kebaikan di dalamnya..Cuba kita sama-sama renungkan dalam firman Allah, dalam surah Al-Baqarah, ayat 216 :




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah :216)


Behind everything that occurs whether good or bad there is wisdom, it is possible that you dislike something that is good for you and love something that that is bad for you. Semua itu dalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh manusia, sesungguhnya anatara sifat mulia seseorang yang beriman ialah ia sentiasa meletakkan harapan dan penyerahan dirinya kepada Allah secara mutlak, kerana segala perkara sama ada yang baik dan buruk adalah ketentuan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Baqarah ayat 121 :


Allah berfirman: “Orang-orang yang telah Kami berikan Alkitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.(Al-Baqarah:121)

Kitab suci Al-quran merupakan mukjizat agung yang mengadungi pelbagai ilmu dan pengajaran, petunjuk, penawar dan kerahmatan. Membacanya dengan baik sudah memperoleh pahala dan ganjaran, apatah lagi jika ayatnya dikaji, diteroka dan diambil mutiara-mutiaranya sebagai panduan kehidupan. Therefore, live by the Quran, may it be your companion and guidance in achieving success in this world and in the Hereafter..

jadi kawan-kawan, jadilah Al-Quran sebagai pendamping kita setiap masa, Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat. Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"


Kita tak memiliki apapun dan tak dimiliki siapapun selain milik Allah. Hidup di dunia hanyalah hampir sejenak, mencari bekal untuk pulang dan menanti saat maut menjemput.


Diharap artikel ini juga dapat membantu aku meningkatkan lagi semangatku dalam memperjuangankan agama Allah.. insyaAllah, yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang kurang, yang tak baik, semuanya datang dari diri hamba yang hina dan lemah ini...

Wallahua'lam

Wahai tasbih yang ku genggam
Wahai Quran yang ku alunkan
Jadilah kamu berdua sahabatku
Tidak mengapa jika kamu tidak bernyawa
Kerana yang bernyawa pasti akan meninggalkanku.

Ilal liqoo'i..

No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR