Monday 13 June 2011

Surat kepada WAHABI?

(Dah lama aku nak post surat ni, tapi surat ini terlupa simpan kat mana dalam susunan folder, hari ni jumpa balik, dapatlah post kepada dunia, maaf sebab lambat post surat ini.)

Surat kepada Bi

Salam kepada Bi.

Bi,

Ingatkah kamu, Suatu hari selepas kita solat asar di masjid secara berjemaah,(kita sajalah lelaki beriman akhir zaman kononnya..) ketika aku melewati tabung derma masjid(Riaklah tu, derma baki syilingpun nak tulis kat blog) tiba tiba di atas lubang derma terdampar satu kitab ugama, lupa pulak tajuk kitab tu, mungkin kitab Majid Fi Syarh At-Tauhid.(mungkin?)

Akupun membelek belek sambil membaca sepintas lalu kitab tu(ulat bukulah tu) yang kemudiannya muncullah kamu memperkenalkan diri sebagi “Bi” dan mengaku kitab tu Bi yang punya.

Bererapa rangkap perbualan kemudian, maka terdedahlah keinginan kamu untuk mengajak aku menyertai fahaman Wahabi, yang menolak semua Mazhab dan hanya mahu mengikut cara Nabi.
Tapi sayang sepuluh kali sayang Bi, dalam semangat kamu ingin mengikut Nabi, kamu menyesatkan semua Mazhab yang juga berpandukan Hadith Nabi..

Bi,

Aku tahu kamu mengaku cinta pada Nabi, dan nak ikut Nabi 100 peratus kononnya..

Lalu mengeji pengikut Mazhab Syafee yang baca qunut waktu subuh, bidaah kata kamu, dan menuduh mereka masuk neraka..

Lepas tu, kamu juga mencela orang yang duduk senget waktu tahiyat akhir, bidaah kata kamu dan menuduh mereka juga masuk neraka..

Pendek kata, semua golongan mazhab kamu kata masuk neraka, sedang kamu puak wahabi, akan masuk shurga semua..

Wah wah wah, meriahnya kamu bermaharaja di shurga sebab tak ramai orang masuk..

Ok, Bi, kamu mengaku cinta Nabi, jom ikut aku beriktikaf di masjid malam ni macam Nabi selalu buat, jom ikut aku pergi berdakwah dari rumah ke rumah macam Nabi selalu buat.
Eh, mengelak pulak, kata cinta Nabi, sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu tak nak buat ke?

(macamlah aku mampu buat semua tu, tapi aku azam insyAllah..)

Bi,

Sebelum kamu mengaku cinta Nabi,

Biarlah aku ceritakan sebuah kisah cinta yang paling agung dalam sejarah kewujudan alam.
Iaitu, kisah cinta Allah yang Maha Agung terhadap Nabi Muhammad SAW kekasihNya.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Alam ini diliputi oleh kesesatan ummat sejak zaman berzaman, beribu ribu Nabi telah lahir untuk menyelamatkan Ummat, ada yang selamat, tapi sejurus selepas kewafatan para Ambia itu, Ummat kembali menjadi sesat..

Namun, pada satu malam yang hening, satu cahaya terang telah menyinari alam, lalu muncullah beribu ribu tahi bintang yang menamatkan zaman langit di ceroboh syaitan..

Bumi bergembira dengan kelahiran kekasih Allah, gegaran demi gegeran telah berlaku yang menyebabkan istana retak dan menjatuhkan mahkota rajanya, berhala berhala ada yang tumbang menyembah bumi, malahan api sembahan 1000 tahun oleh puak majusi, telah terpadam, tak cukup itu Tasik Sava sembahan zaman berzaman telah hilang di telan bumi.

Peristiwa ini berlaku adalah kerana alam ini sendiri bergembira meraikan kedatangan kekasih Allah, manusia yang paling di cintai Allah dalam sejarah penciptaan manusia..

Bi..

Bersyukurlah kita kepada Allah, kerana kekasih Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah mengikut cara kekasih Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Bi..,

Kerana Cintanya Allah kepada Nabi, maka telah diberikan kepada Nabi satu tanggungjawab yang paling besar dalam sejarah pemberian amanah iaitu Nabi Muhammad SAW akan menjadi ketua para Nabi, dan menjadi Nabi terakhir yang bakal menutup pintu kenabian sebelum menyerahkan Kerja ‘Nubbuah’ kepada Ummat akhir zaman yang bakal menjadi Ummat terbaik dalam sejarah kejadian ummat manusia.

Bi..,

Allah Taala telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak, ini bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk perkataan(Qalam), manakala Nabi adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia(cara hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah, apa yang Nabi suka itulah yang Allah suka, dan apa yang Nabi benci itulah yang Allah benci,

Bi..,

Tiada Nabi sebelum Nabi Muhhammad yang di jemput khas berjumpa Allah secra live ketika hayat masing masing, pernah terjadi dalam sejarah, ketika Nabi Musa bertemu dengan Allah secara ‘audio’, Allah perintahkan Nabi musa membuka kasut, sedangkan kekasih Allah ketika bertemu Allah secara bersekemuka, Nabi Muhammad SAW tidak perlu membuka kasut, kenapa? Kerana (mengikut Buzamana) debu debu yang melekat pada kasut Nabi juga di cintai Allah..

Bi..,

Nabi Muhammad SAW juga amat mencintai Allah, lalu menyeru manusia mencintai Allah siang dan malam, sehingga terkorban sahabat sahabatnya, di seksa dan dibunuh, sedang Baginda sendiri terluka dan tercedera, sehingga darah suci baginda telah mengalir bersama air mata pengorbanan demi membuktikan cinta kepada Allah, namun dalam kesusahan mempertahan cinta itu, Nabi masih bertajjud sampai bengkak akan kaki baginda, semuanya hanya kerana ingin berterima kasih kepada Allah..

Bi, ..

Akhirnya sebagai manusia, maka Nabi Muhammad SAW juga akan mati, dan telahpun mati, yang tinggal hanyalah kenangan namun kenangan ini bukan ditinggalkan dalam bentuk sejarah semata mata..

Bi..,

Hanya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sampai hari kiamat, maka hari ini, segala sunnah Kekasih Allah akan terus diikuti oleh sebahagian umat akhir zaman yang terpilih, dari sekecil kecil sunnah, sehinggalah sebesar besar sunnah..

Bi..,

Hari ini kita boleh melihat akan amalan dari setiap sunnah Nabi yang mana telah muncul dalam pelbagai mazhab yang kita nampak berbeza cara Ibadat mereka, tapi setiap dari mereka mempunyai dalil dan hadith tersendiri yang membenarkan amal Ibadat meraka,

Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir duduk ‘senget’ macam orang sakit, sebenarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi solat sebegitu, dan Allah kekalkan duduk Nabi sakit tu dalam mazhab Shafee, kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat awal.

Begitu juga solat subuh sambil baca qunut, Nabi pernah baca qunut dalam sembahyang, biarlah Mazhab syafee hendak membaca qunut setiap subuh kerana hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihNya pada manusia yang terpilih..

Banyak lagi contoh Bi, , kalau kamu pergi Mekah, kamu boleh lihat bermacam-macam cara orang solat, orang ambil wudhu dan sebagainya, sebenarnya semua itu adalah dari amalan Kekasih Allah sendiri,: ada waktu Nabi ambil wudhu basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, tapi ada hikmahnya, lalu Allah mahu amal itu kekal, maka sekarang kita boleh lihat sendiri 4 mazhab telah wujud.

Jadi wujudnya mazhab yang berbeza hari ini, adalah lambang cinta agung Allah kepada kekasihnYA, atau dalam bahsa orang muda:, wujudnya 4 mazhab yang besar itu, adalah sebagai ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi Muhammad SAW..

Tiada seorangpun Nabi lain yang sunnah mereka kekal dalam mazhab tidak seperti agungnya sunnah Nabi Muhammad SAW.

Bi..,

Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…

Bi..,

Jika kamu mengembara ke seluruh dunia, maka akan terzahirlah amalan kekasih Allah ini di setiap sempadan Negara dan terimbaulah akan kamu bagaimana hebatnya cinta Allah kepada Nabi dan bagaimana hebatnya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sehingga ke hari ini..

Bi, janganlah kamu membabi buta menyesatkan golongan mazhab, biarlah cinta Allah kepada nabi terzahir di situ..

Dan ketahuilah, bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah sepanjang zaman, tidak akan hilang, walau apapun cubaan orang kafir untuk memusnahkannya, tapi demi menjaga amalan kekasih-Nya(sunnah) Allah telah menyerahkan tanggung jawab itu ke atas bahu kita ummat akhir zaman untuk menghidupkan setiap sunnah Nabi, yang mana Allah akan memberikan ganjaran 100 pahala mati syahid bagi setiap satu Sunnah Nabi kamu hidupkan..

Nikmat mana lagi yang kamu dustkan?

Bi..,

Akhir kata, apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan kekasih Allah, apabila sudah tidak ada lagi orang islam, maka Allah akan matikan semua malaikat, Allah akan musnahkan segala-galanya…, Masjid, Kaabah, gunung, langit dan bumi semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!

Dunia akan kiamat, apabila sudah tiada lagi amalan kekasih Allah di alam ini..

Sebagai penutup buatmu Bi..

Khalifah Abbasiah, Harun al Rahid pernah menyatakan hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya, tapi tidak di persetujui oleh Imam Malik sendiri, dengan berkata bahawa semua sahabat betul dalam perbezaan pendapat di antara mereka, Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,

Maka, Bi..

Ingatlah pesan aku baik baik:

Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,

Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua, yang menguasai 2/3 dunia telah menulis surat kepada wakil rakyatnya dengan berkata:

”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak ulamak mereka.”

Maka Bi,

Biarlah ummat islam di seluruh dunia dengan 4 mazhab itu, tak perlu perasan pandai..

Cuba fikir, akan kenapa Imam Bukhari, dan segala muhaddisin yang hebat hebat tidak membuat mazhab mereka sendiri?

Ini adalah kerana , mazhab yang empat itu, sudai mempuyai tunjang yang kukuh, lengkap, terperinci dan menyeluruh.

Fahamilah 4 mazhab dan fahamilah kenapa ada 4 mazhab.., setelah sekian lama...hingga sekarang..

Kerana di situlah terzahirnya kenangan cinta Allah kepada Nabi Muhamamd SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…

Bi..

Jangan jadi babi, err, maksud aku, jangan membabi buta dalam menghukum.

Sekian.

Wasalam.

Ps: Aku dah hantar surat kepada ‘Bi’ yang berfahaman ‘Wahabi’, lepas ni aku nak hantar surat kepada ‘Ah’ yang berfaham ‘Syiah’ pula, woha!

3 comments:

CATATAN POPULAR