Monday 13 June 2011

Nasihat Imam Syafie

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan
denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku
mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam
keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu
setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku
akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin
percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka
melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala
aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila
giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang
baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda
zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri
dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang
menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika
hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku
daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah
seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu
dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap
mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini
sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak
kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh
daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang
sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah
pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun
yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu
seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau
memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar
duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga
barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu
juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang
dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega,
jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku
sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku
dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada
orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada
orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati
mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku
dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat
menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti
manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia
walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka
dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang
berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati
tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan
kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah
dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang
kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu
kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari
tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta
setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk
dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan
menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM

No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR