Tuesday, 28 June 2011

Bilal Dan Azan

Suatu masa dulu,selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w... 
Laungan azan payah sekali untuk kedengaran... Bilal R.A tidak lagi meneruskan tugasnya untuk melaungkan azan selepas kewafatan baginda... ramai sahabat rindukan suara azan... 

bila diminta untukk azan, Bilal menolak... laluaa ditanya oleh para sahabat, mengapa?.. 

Bilal berkata.. andai dulu, usai sahaja azan, aku akan lalu dihadapan rumah baginda dan berkata... Ya Rasulullah, hayya ala solah.. tapi sekarang ni, pada siapakah lagi aku hendak katakannya... Bilal menangis teresak2.. para sahabat hiba... Semua sahabat rindukan Rasulullah... 

sampailah satu ketika ketika Hasan & Husin meminta Bilal untuk azan.. Bilal tak mampu untuk menolak... Sebaik sahaja azan dilaungkan, seluruh pelusuk Madinah merasa kehibaan... semua menangis.... sampai ada yang mengatakan' Rasulullah diutuskan semula! Rasulullah diutuskan semula!... namun, sebaik sahaja menyebut..

Asyhaduannamuhammadarrasululla
h.... suara Bilal terketar2... menjadi serak.. dan Bilal tak dapat meneruskan azannya... wallahua'lam..

Bagaimana pula perlakuan kita hari ini terhadap azan...?

1 comment:

  1. realiti sekarang lagu negaraku lebih dihormati daripada azan...

    ReplyDelete

CATATAN POPULAR