Tuesday 21 June 2011

Insan Bernama Sahabat


Angin bayu berlalu pergi,
Aku di sini terus menanti,
Perginya angin tanpa tujuan,
Bagai si dedaunan yang ditampar lembut,
Terus mencari teman untuk mengadu..

Aku bukannya seorang yang hebat,
Seperti tsunami yang menggegar Banda Acheh,
Aku juga bukan teguh seperti masjid Al-Aqsa yang hingga kini ingin terus ditawan,
Aku lagi bukan gagah bagai Taufan Katrina yang menumpaskan benteng kekuatan Bush,
Kerana….
Aku seorang yang lemah,
Masih memerlukan teman,
Seperti Adam yang memerlukan Hawa,
Muhammad yang mendambakan Khadijah,
Ali yang merungkai kasih Fatimah,
Aku juga seperti mereka…
Perlukan insan bernama sahabat….

Sahabat,
Hatiku gundah di saat kau tiada,
Hatiku merana di saat kau merintih,
Hati riang bukan kepalang di saat kau ketawa,

Sahabat,
Kau sabar melayani rengekanku, mendengar luahan hatiku, itu dan ini,
Kau tak mengeluh, malah kau tersenyum gembira dihadapanku,
Semata-mata nilai persahabatan yang indah,
Bagai Abu Bakar dan Muhammad…

Sahabat,
Di saatku bertanya padamu,
“apakah itu persahabatan?”
Tiada jawapan yang terbit di bibirmu,
Yang sering dibasahi dengan kalimah Allah,
Aku hairan, insan yang selama ini, sering mengajarkanku erti sahabat,
Kini, kehilangan kata-kata, untuk mentafsirkan persoalan yang meracau fikiranku,

Termenung, terpaku, terpegun,
Terkesima, mahupun tergamam…
Akhirnya, persoalanku terjawab…

Sahabat,
Matamu menunjukkan keikhlasanmu,
Menghulurkan kasih,
Kerdipan matamu merungkai persoalan di hatiku,
Senyumanmu menggambarkan ketulusan,
Jiwa sahabat yang engkau lakarkan buatku,
Pelukan kasihmu yang erat itulah yang mentafsirkan,
1001 erti persahabatan yang paling bermakna…

Sahabat,
Kau ku sayangi…

No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR