Monday 13 June 2011

Maksiat BATIN

Apabila disebut sahaja maksiat, kita tahu bahawa ia merupakan suatu perkara yang dimurkai ALLAH s.w.t. Kita menyedari apabila kita dan orang lain melakukan maksiat. Tetapi kita selalu hanya sedar maksiat itu dari sudut maksiat zahir sahaja. Kita selalu alpa terhadap maksiat-maksiat batin yang kita lakukan yang ianya boleh membahayakan diri kita sendiri.

Maksiat Batin merupakan maksiat yang berlaku kerana perlakuan atau tabiat hati dan jiwa manusia. Ahli-ahli
sufi menjadikan maksiat-maksiat batin ini sebagai musuh dan serangannya. Di antara maksiat-maksiat batin ini adalah:-

1 . Tamak.
2 . Marah.
3 . Hasad Dengki.
4 . Bakhil.
5 . Takbur.
6 . Hairan pada diri sendiri.
7 . Riak.
8 . Cintakan dunia.
9 . Cintakan kemegahan.
10. Sifat lain yang setara dengannya.

Perkara ini juga disebut sebagai penyakit hati yang wajib bagi setiap individu muslim beruasaha menghapuskannya demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Firman ALLAH dalam surah As-Syams Ayat 9-10
Maksudnya:-

"Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dirinya (lahir dan batin) . Dan benar-benar rugi (menyesal) orang yang mengotori dirinya." 

No comments:

Post a Comment

CATATAN POPULAR