
Setiap perkara baik dan buruk ada hikmahnya, boleh jadi sesuatu yang dibenci itu ada kebaikannya, dan kemungkinan sesuatu perkara yang disukai itu ada keburukannya. Semua itu dalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh manusia . Sesungguhnya antara sifat-sifat mulia seseorang yang beriman ialah ia sentiasa meletakkan harapan dan penyerahan dirinya kepada Allah secara mutlak, kerana segala perkara sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Allah...