Akukah yang telah mencalar
Lunak emosimu?
Hingga engkau bagai hilang selesa
berbicara
sepertinya selalu....
Maaflah; aku tidak menyedari
Tidak...
Sengaja kusimpan lidahku
Daripada tutur yang tiada perlu
Kerana banyak berbicara
Bukan bermakna tahu segalanya
Bukan semestinya betul semua
Ya... Benar katamu
Janganlah apa sahaja yang didengar
mahu terus disebar
Apa sahaja yang terlintas di fikiran
Mahu terus diluahkan
Sejenak pertimbangkan dahulu
Ada baiknya ataukah sia-sia
Ya...
Berdiam diri
Bukan tanda tidak mengetahui
Menyesal lantaran berdiam
Sesalnya tidak berpanjangan
Menyesal kerana terlanjur bicara
Sesalnya sukar dilupa
No comments:
Post a Comment