Di dalam cabang ilmu bahasa arab,ada satu ilmu yang sangat penting untuk kita pelajari iaitu ilmu nahu.Lalu kita akan bertanya,apakah nahu itu?
Kalimah "Nahu" jika dibincangkan dari segi bahasa dalam Bahasa Arab membawa pelbagai maksud. Antaranya:
1. Nahu membawa maksud arah. Jika kita mengatakan "zahabtu nahwa fulanin" ia akan membawa maksud "aku telahpun pergi kearah si fulan itu".
2. Nahu membawa maksud seperti atau menyerupai. Jika kita mengatakan "Muhammadun nahwu Aliyyun" ia akan membawa maksud "Muhammad itu seperti Ali atau menyerupainya".
Kalimah "Nahu" jika dibincangkan dari segi istilah yang telah diletakkan oleh Ulama dalam Qawaid Bahasa Arab pula adalah (Suatu ilmu tentang kaedah-kaedah yang mana dengan kaedah-kaedah tersebut diketahui hukum-hukum yang perlu diletakkan di setiap akhir kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab dari segi susunannya - yang terdiri daripada i'rab dan bina' dan apa2 yang mengikuti keduanya)
Apa tajuk@skop perbincangan ilmu Nahu?
Skop perbincangan ilmu Nahu adalah berkaitan dengan kalimah-kalimah atau perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab. Adapun perkataan-perkataan dalam Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris, Bahasa Banjar, Bahasa Siam, Bahasa Jawa dan seluruh bahasa lain yang wujud di alam yang fana ini tidaklah diperbincangkan dalam ilmu Nahu.
Apakah faedahnya mempelajari ilmu Nahu?
1. Menjaga lisan daripada tersalah ketika berkata-kata dalam kalam Bahasa Arab.
2. Memahami Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith As-Syarif dengan kefahaman yang sahih. Yang mana kedua-dua ini adalah sumber usul syariah Islamiah dan diatas kedua-dua sumber inilah terdirinya syariah Islamiah tersebut.
Kepada apakah dinisbahkan ilmu Nahu ini?
Ilmu Nahu ini dinisbahkan ianya salah satu daripada ilmu-ilmu Bahasa Arab.
Siapakah pengasas ilmu Nahu?
Terdapat banyak pendapat yang meriwayatkan tentang siapakah yang dikatakan sebagai pengasas ilmu Nahu. Namun, pendapat yang paling masyhur bagi yang terawal sekali yang mengasaskan ilmu Nahu adalah Abu Aswad Ad-Du'ali setelah diarahkan penyusunan ilmu tersebut oleh Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib Radhiallahu Anhuma.
Apakah hukum mempelajari ilmu Nahu?
Adapun mempelajari ilmu Nahu itu hukumnya adalah fardu kifayah. akan tetapi jika seorang sahaja yang tinggal untuk mempelajarinya maka ianya akan jatuh pada hukum fardu ain pula baginya.
Monday, 13 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Di dalam cabang ilmu bahasa arab,ada satu ilmu yang sangat penting untuk kita pelajari iaitu ilmu nahu.Lalu kita akan bertanya,apakah nahu i...
-
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ Sekadar Peringatan Buat diri yang hina lagi faqir dan buat sahabat-sahabat yan...
-
"Genggamlah dengan erat hati, pegangan tauhid yang hakiki...." Assalamualaikum w.h.b.. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke...
-
bila izrail datang hampiri tinggallah harta emas dan perak nafas terhenti lemah lah diri jasad terbaring tidak bergerak tiada lagi tema...
-
Selamat berjuang sahabatku.. Semoga Allah memberkatimu, k enangan indah bersamamu t akkan kubiar ia berlalu, b erjuanglah hingga ke akhi...
-
Hari ini aku kembali ke Madrasah untuk meneruskan pembelajaranku, umur anak-anak muridku dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun, aku mengajar ...
-
Sahabatku, Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan k...
-
Lafaz 'ISTAWA ' ini adalah termasuk dlm ayat yg mutasyabih ... Maka para ulama yg m'punyai keahlian dlm ilmu tafsir samada da...
-
Assalamualaikum sahabat2... jom kita lihat bagaimana pendebat Ahmad Deedat dengan non-muslim... lihat kebenarannya.... insyaALLAH... sama2 k...
-
(sambungan dari artikel Ibrahim membina bangunan Kaabah , ana asing2kan tajuk2 ini supaya rakan2 mudah mencari tajuk yang ingin dibaca) ...
No comments:
Post a Comment