Thursday, 11 October 2012

Lu pikiaq lah sendiri



Minta maaf untuk menulis.

Kenapa rakyat yang berseluar pendek, berjubah
Rambut kerinting rambut lurus
Kulit hitam kulit putih
Pakai tudung tak pakai tudung
India, Cina & Melayu
Sanggup mengharung susah menjemur diri di tengah panas 428.

Ia ternyata bukan perjuangan berunsur keagamaan, perkauman, gender etc.


Bukan nak menyesakkan ibu kota.
Bukan nak menyusahkan semua manusia.
Bukan nak tunjuk pandai tak tentu hala.
Bukan itu tujuan utama.

Apabila kepelbagaian turun beramai-ramai
Termasuk yang tidak PAS tidak juga UMNO
Bahkan mahasiswa yang ribuannya punya idealisme berduyun-duyun menyusun langkah,

Hanya kerana mahukan kebobrokan dan penipuan,
kekotoran dan ketidakadilan
di hentikan dari terus menjadi virus di dalam kerajaan.

Janganlah membunuh idealisme & ideologi rakyat.
Jangan perbodohkan kami liat-liat.

Walaupun anda, punya jawatan,
Tapi kami lebih yakin kerana kami punya TUHAN !

ولله الحمد

Fikirlah, bagi yang masih tidak jelas.
Kalau tuntutan ini tak penting untuk anak cucu kita, takdak sapa teringin nak p cari pasai kena semboq denga tear gas tu.

Ana tak suruh setuju pun kalau ada yang tak bersetuju. Suruh pikiaq saja. Sekian ! :)
READ MORE- Lu pikiaq lah sendiri

Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi






بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Sekadar Peringatan Buat diri yang hina lagi faqir dan buat sahabat-sahabat yang dihormati kerana Allah


"Untuk menyatakan ketidakpuasan hati mahupun tidak setuju dengan pandangan sesiapa sekalipun biarlah penuh adab dan sopan kerana sesungguhnya Rasulullah sangat menjaga adab-adabnya dan kemuliaan akhlaknya yang memikat hati bisa menarik ramai untuk masuk 
Islam. Guru kami Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll merupakan seorang guru yang sangat menjaga adab-adabnya saat berbicara hatta, saat berhadapan dengan guru-gurunya. Beliau amat menekankan penjagaan adab sehinggakan beliau seringkali mendoakan anak-anak muridnya dengan doa "Zadakillahu 'lman wa adaban ya Nur Nadirah Mohd Nor" . Allahu Allah semoga ditambahkan ilmu dan adab kepada kita. Semoga dengan berkat kita menjaga adab terhadap guru-guru kita Allah akan mengganjarkan madad dan fudhuyat terhadap kita. Allahumma Amin

"
Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi. Semoga Allah sentiasa merahmati Guru kami dan zaujahnya.Allahumma Ameen. Merindui mutiara ilmu dan kata-kata hikmah daripada beliau


Pesanan Al-Fadhil Ustaz Yang diharapkan agar kita sama-sama ingat dan simpan. Lazimkanlah diri menghadiri majilis ilmu dan istiqamah mengamalkan amalan-amalan yang diijazahkan oleh guru kita dan usaha agar menghadirkan diri ke majlis-majlis talaqi serta berusaha untuk mengamalkan sunnah serta menjaga adab, akhlak kita. InsyaAllah sekadar peringat bersama. , semoga sedikit usaha ini mengetuk kembali hati-hati kita untuk istiqamah..


Semoga Allah merahmati semua. Allahumma Amin.


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan di dalam dirinya, ditambahkannya kefahaman di dalam agama"~Maksud hadis~ i


READ MORE- Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi

Friday, 28 September 2012

Selamat tinggal sahabatku (Kalam terakhir)


Selamat berjuang sahabatku.. Semoga Allah memberkatimu, kenangan indah bersamamu takkan kubiar ia berlalu, berjuanglah hingga ke akhirnya dan ingatlah semua ikrar kita.

Hati ini sayu mengenangkan, sengsara di dalam perjuangan, jiwa ku merana dan meronta mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan tetapi ku akur pada hakikat. Suka dan duka dalam perjuangan perlukan ketabahan dan kekuatan serta keteguhan hati yang berlandaskan iman.


Maafkan segala salah dan silapku wahai sahabat, aku cuba untuk menjadi sahabat terbaikmu tetapi aku gagal.. Berat rasanya untuk melangkah untuk meninggalkan  semua persahabatan yang terbina selama ini tetapi aku terpaksa akur kerana ini lah hakikat perjuangan, banyak halangan dan ujian mendatang...

Tetapi percayalah sahabat, aku menantimu dan memerlukanmu sentiasa mengiringi perjuangan ini, aku tetap menantimu sahabat, ikhlaskanlah hatimu bersamaku... SELAMAT TINGGAL SAHABATKU... semoga Allah pertemukan kita lagi, semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga... selamat berjuang untukmu...
READ MORE- Selamat tinggal sahabatku (Kalam terakhir)

Thursday, 9 August 2012

Aku mendoakan engkau bahagia




Setiap perkara baik dan buruk ada hikmahnya, boleh jadi sesuatu yang dibenci itu ada kebaikannya, dan kemungkinan sesuatu perkara yang disukai itu ada keburukannya. Semua itu dalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh manusia . Sesungguhnya antara sifat-sifat mulia seseorang yang beriman ialah ia sentiasa meletakkan harapan dan penyerahan dirinya kepada Allah secara mutlak, kerana segala perkara sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Di antara mereka ada yang menyembunyikan cintanya,
Merendam keluh-kesah lidahnya,
Namun ada yang berterus terang berkata,
"Biarkan semua orang mencela."
Bukankah hatiku yang menjadi tempat ujian?
Bagaimana akan tersembunyi isinya, sedang hati itu telah terkoyak?!
Mana para pencinta dan yang mencintai mereka?
Di mana yang terkumpul dan berpisah kerana cinta itu?
Mata-mata yang tak henti menangis.
Sungguh menakjubkan mata yang tertumpah dan menangis di kala gundah.
Mereka mengharamkan tidur,
dan pencinta itu tak dapat tidur, meski di saat tenang,
Di pintu mereka menangis,
dan tangisan itu berguna andai kemunafikan tidak menodainya,
dan apabila air mata pencinta itu menolong, sungguh kan berguna.

Semoga Allah redha
READ MORE- Aku mendoakan engkau bahagia

Kelalaian (secalit luahan hati)


Aku melihat ramai di luar sana wanita yang tidak menutup aurat berkeliaran, lelaki yang suka melepak sana sini tanpa hala tuju dan bermacam aksi dapat disaksikan di luar sana sehingga menggoyahkan iman si Pencinta Allah, mengapakah semua ini berlaku? adakah dunia ini sudah semakin nazak? dunia makin hari makin dipenuhi debu-debu maksiat, entah bila mereka ingin tersentak dari ketiduran kelalaian mereka, insan-insan yang menjadi mangsa "penunggang dosa" hanya mampu berdoa mengharapkan cahaya dan hidayah Ilahi memancar ke dalam hati mereka..

Tapi...

Aghhh, aku tidak tahan melihat semua ini lagi, Wahai saudara-saudaraku yang lalai, sedarlah! Wahai orang yang berkubang dalam lumpur dosa, berhentilah dan terimalah nasihat. Maka demi Allah, beritahu aku : siapa yang lebih buruk keadaannya daripada orang yang diperhambakan hawa nafsunya? Atau siapakah yang paling rugi jual belinya daripada orang yang menjual akhiratnya dengan dunianya? Mengapa harus kelalaian menutupi hatimu? Mengapa kebodohan aib-aibmu tidak terlihat olehmu?

Tidakkah engkau melihat pedang kematian yang sangat tajam berkilau di hadapanmu? Tebasan pedang itu hanya menunggu waktu. Tanda-tanda maut pasti akan datang, akan mengejutkanmu di saat engkau lengah. Panah-panah kematian pasti akan menghunjam di tubuhmu. Dan hukum-hukum Allah pasti bakal menjeratmu, lalu sampai bila engkau terus berusaha menghindar dariNYA?



Wahai saudaraku!
Mengapa engkau belum juga sedar dari kelalaianmu?
Terjagalah dari tidurmu dan sedarlah dari mabukmu.
Sampai bila engkau akan terhalangi dari mentaati Tuhan?

Sampai bila engkau akan lalai terhadap ombak kematian yang akan menggulung setiap orang?
Maka kasihanilah dirimu sebelum binasa.
Menangislah sebelum menyesal.
Sebab perjalanan itu sangat jauh dan bekalmu hanya sedikit.
Maka beramallah untuk menghadapi kematian sebelum engkau terlambat.
READ MORE- Kelalaian (secalit luahan hati)

CATATAN POPULAR