Assalamualaikum semua sahabat budiman, sudah lama kita tidak berkongsi di wall blog ini bukan? alright...
Kisah yang dikongsi dalam kuliah hari ini kepada pelajar Hafizah berkenaan dengan wanita-wanita yang menjadi lambang kekuatan kepada kita semua.
Wanita-wanita hebat ini yang menjadi pencetus semangat buat diri ini untuk meneruskan perjuangan.
Akan datang
kepadamu pertolongan saat putus asa sebagai anugerah dari Yang Maha Lembut lagi
Maha Memperkenankan doa.
Jadilah
seperti seorang wanita tua yang kuat di hadapan Gabenor Al-Hajjaj dengan
keyakinan kepada Tuhannya. Saat anaknya dipenjara oleh Al-Hajjaj, Gabenor
bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya akan dibunuh dihadapannya. Namun,
wanita tua itu tetap yakin, teguh, berani dan dengan lantang menjawab “
Sekalipun engkau tidak membunuhnya dia akan pasti mati juga”.
Jadilah
engkau seperti seorang perempuan Parsi yang sangat tawakal kepada Allah ketika
kehilangan kandang ayamnya. Dia memandang langit dan berdoa “Ya Allah, Jagalah
kandang ayamku, kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik penjaga”.
Jadilah
diri anda seperti Asma’, puteri Abu Bakar, dalam kekuatannya setelah melihat
anak lelakinya, Abdullah Bin Zubair, terbunuh dalam keadaan terpancang di tiang
salib, lalu dia mengucapkan kata-katanya yang terkenal itu “Sekarang sudah
saatnya bagi penunggang kuda yang berani ini untuk beristirehat dengan tenang”.
Jadilah
seperti Khansa’ yang menyerahkan empat anaknya di jalan Allah, ketika mereka
terbunuh syahid dia berkata “ Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku
dengan syahidnya mereka di jalan Allah”
Perhatikanlah
wanita-wanita tersebut, sejarah mereka yang mulia, yang sarat dengan kemuliaan. Kita tak mampu menjadi sehebat mereka tetapi kita mampu mencontohi mereka... insyaAllah... Waffaqanaa-Llaahu
ilaa maa yuhibbuhu wa yardlaah
No comments:
Post a Comment